Wednesday 15 February 2012

Permulaan Yang Baik Utk 2012? (hmm..maybe)

ALHAMDULILLAH....itu sahaja perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan perasaan Hani tatkala ini...   Hani   berasa amat lega pada permulaan tahun ini setelah melalui segala kepayahan pada tahun yang sudah...  Hani   bersyukur kerana telah berjaya melalui segala-galanya, dan hari ini   Hani   boleh mula bernafas dengan tenang...


Yang pertama, kerana PERMOHONAN latihan amali industri  Hani   telah berjaya dan diterima.
Yang kedua, kerana KEPUTUSAN PEPERIKSAAN semester 3   Hani   tidaklah seteruk yang   Hani  jangka. Alhamdulillah   Hani  bersyukur kerana gred  Hani   masih baik-baik saja, walaupun jatuh dan tidak secemerlang mana pon...=)


Takpelah...  Hani  mengaku   Hani   memang malas study mase tu..kuat tido..kuat main intenet..Hmm...ada tercalit sedikit rasa kecewa (  Hani tahu   Hani   boleh buat lebih baik, cuma disebabkan halangan2 diatas...huh) benda dah jadi..yang berlalu takkan berulang...  Hani   redha dan ALHAMDULILLAH lagik!


Sekarang, masanya untuk   Hani   mulakan perjuangan yang baharu..Dengan hanya 6 subjek di semester 4 nanti..  Hani   berazam   Hani   akan buat sehabis baik...
Kurangkan main godek2 internet berjam-jam lam bilek..tajamkan fokus..


Akan   Hani  tebus kegagalan Hani   yang lalu...manalah tahu rezeki sem depan boleh grab 4.00 (Insya Allah...Ameen)...satu angka yang tak pernah   Hani  rasai nikmatnya..tapi pasti   Hani   akan cuba untuk menggenggamnya!!!