Friday 23 January 2015

Betapa Bodohnya Aku ;D


Dalam seminggu ni aku memang bodoh. Aku terpaksa memperbodohkan diri untuk suatu kepastian yang sangat penting untuk aku.

Aku terpaksa jadi bodoh dengan bertanyakan soalan itu kepada Mr N.

Bodohnya aku.

Tapi aku terpaksa!

Aku mesti tanya soalan itu sebelum keadaan jadi kacau.

Ia penting sebelum aku bulatkan tekad aku.

Ia penting sebelum aku dan dia melangkah ke fasa seterusnya.

Huhuhuhuhuhuhuhu

Bodoh pun bodohlah.

Janji aku dapat jawapan pasti.

Dia pun dah berikan aku sejuta keyakinan.

Dia jua sudah menghapuskan segala keraguan aku.

Terima kasih Mr N kerana melayankan kebodohan saya.

Sebab itu saya suka lelaki lebih tua macam Mr N.

Sebab Mr N mampu layan kerenah kebudak-budakan aku.

Sebab Mr N berjaya pujuk kesangsian aku dengan cara dia.

Cara dia meyakinkan aku.

Kematangannya memimpin hati aku.

Aku jadi gila sebentar.

Gila kerana ketawa sepanjang hari.

~honeyinara~

Wednesday 21 January 2015

Cinta: Restu Orang Tua


Kata orang, kita takkan tahu sejauh mana kuatnya cinta kita kepada seseorang sehinggalah kita bersemuka dengan kedua orang tua untuk memohon restu mereka. Kerana pada waktu itulah cinta kita diuji, seterusnya memperlihatkan setakat mana kita mampu perjuangkan cinta tersebut hingga berjaya.

Pada 19 Januari 2015, aku telah memberitahu kepada kedua orang tuaku tentang hasrat Mr N terhadapku. Ibuku tiada masalah, bahkan menyokong setiap keputusan yang aku pilih. Berbeza dengan ayah. Ayahku sedikit tegas tentang perkara ini. Dia tidak akan sewenang-wenangnya melepaskan aku ke tangan Mr N. Ayahku mahu menyiasat Mr N hingga ke akar umbi. Sehinggakan beliau mengaku sanggup turun ke kampung halaman dan tempat kerja Mr N untuk menyiasat perihal Mr N.

Aku melepaskan keluhan kecil. Ketegasan ayah menggerunkan hati aku. Kini aku sedar perjalanan aku dengan Mr N pasti tidak mudah.

~honeyinara~

Wednesday 14 January 2015

Coretan 2 Pagi Buat Mr N


Dalam perlahannya waktu beredar,
Aku semakin larut dalam arus perasaan,
Tidak dapat aku hindari rasa kasih yang kian berputik.

Masa terasa begitu lambat berlalu,

Setiap hari yang kulalui menyeksaku dalam diam.

Aku sedar cinta ini bukan mainan.


~honeyinara~


Saturday 10 January 2015

Aku Dilamar oleh Crush!



Tarikh 9 Januari 2015 pasti menjadi satu tarikh yang takkan aku lupakan seumur hidup aku.
Saat angan-angan fairytale aku selama ini bertukar menjadi realiti.

Semua gadis di dunia ini pasti pernah memiliki crush. Sebagai seorang gadis normal, aku tidak terkecuali daripada terlekat sindrom tersebut. Sepanjang hidup ini, aku pernah crush kepada MA, MH, HA dan yang terbaru MR N.

Mr N...Aku baru sahaja mengenalinya sekitar bulan 9 tahun 2014. Dia seorang lelaki bekerjaya. Menyambung pengajian secara separuh masa dan ditakdirkan sekelas denganku. Aku meminatinya kerana kredibiliti dan karisma yang ada pada dirinya. Tambahan dia hensem pada pandangan mata aku. Aku memang crush padanya, tapi sumpah perasaan tersebut hanya berlegar sewaktu dalam dewan kuliah sahaja. Keluar daripada dewan kuliah, aku melupakan dia dan segala-gala tentangnya. Aku tidak pernah terfikir untuk membuka sempadan perasaan terhadapnya kerana aku sedar siapa diri aku. Aku tidak layak untuknya.

Tapi, siapa sangka masa telah merubah segalanya. Tamat semester, aku menerima risikan khabar darinya. GILAKAN?? Dia menyuarakan hasrat hatinya kepadaku dalam sebuah lembaran panjang. Aku terkedu tanpa kata. Aku terasa seperti sedang bermimpi.

Dia mahu mengenali aku.
Dia mahu menjadikan aku sebagai isterinya.
Dia mahu berkongsi kehidupan denganku.
Dia mahu menyayangi dan menyintai aku.

Hati gadis mana yang tidak terusik? Aku gembira dan bahagia. Aku berharap moga Allah SWT memimpin hatiku dan dia ke arah kebenaran. Aku rasa dia jodoh aku.

Nanti ada masa aku menulis lagi tentang ini.

~Honeyinara~