ALHAMDULILLAH....itu sahaja perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan perasaan Hani tatkala ini... Hani berasa amat lega pada permulaan tahun ini setelah melalui segala kepayahan pada tahun yang sudah... Hani bersyukur kerana telah berjaya melalui segala-galanya, dan hari ini Hani boleh mula bernafas dengan tenang...
Yang pertama, kerana PERMOHONAN latihan amali industri Hani telah berjaya dan diterima.
Yang kedua, kerana KEPUTUSAN PEPERIKSAAN semester 3 Hani tidaklah seteruk yang Hani jangka. Alhamdulillah Hani bersyukur kerana gred Hani masih baik-baik saja, walaupun jatuh dan tidak secemerlang mana pon...=)
Takpelah... Hani mengaku Hani memang malas study mase tu..kuat tido..kuat main intenet..Hmm...ada tercalit sedikit rasa kecewa ( Hani tahu Hani boleh buat lebih baik, cuma disebabkan halangan2 diatas...huh) benda dah jadi..yang berlalu takkan berulang... Hani redha dan ALHAMDULILLAH lagik!
Sekarang, masanya untuk Hani mulakan perjuangan yang baharu..Dengan hanya 6 subjek di semester 4 nanti.. Hani berazam Hani akan buat sehabis baik...
Kurangkan main godek2 internet berjam-jam lam bilek..tajamkan fokus..
Akan Hani tebus kegagalan
Hani yang lalu...manalah tahu rezeki sem depan boleh grab 4.00 (Insya Allah...Ameen)...satu angka yang tak pernah Hani rasai nikmatnya..tapi pasti Hani akan cuba untuk menggenggamnya!!!