Makan adalah acara wajib setiap manusia. Apakata kalau korang ikut peraturan makan yang dilistkan kat bawah ni...Untuk kesihatan korang jugak:
Makan lima kali sehari
Ya, kekerapan makan yang baik ialah sebanyak lima kali sehari. Tapi harus diingatkan, kuantiti makanan yang diambil untuk setiap sesi haruslah dalam jumlah yang kecil. Bukan banyak2 ye...Dengan cara ini kita akan sentiasa berasa kenyang tanpa perlu sentiasa mengunyah. Menu makanannya? Hendaklah ada nasi, lauk dan sayur. Kurangkan pengambilan makanan pada waktu pagi dan malam. Selitkan menu buah-buahan juga ya.
36 kunyahan setiap suapan
Makanan yang dikunyah dengan baik dapat membantu meringankan sistem pencernaan di dalam tubuh. Yang menariknya, ia akan mengurangkan pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak.
Mencuci pinggan mangkuk: 15 kalori per 10 minit
Dah kenyang tu janganlah nak bersenang hati je. Usah tinggalkan pinggan mangkuk yang kotor begitu sahaja. Rajinkan diri untuk membasuh kerana ia dapat mengencangkan bahagian otot tangan korang.
Senang kan 3 peraturan makan ni? Mulakan satu langkah untuk gaya hidup yang sihat daripada tak bermula langsung!
No comments:
Post a Comment