Wednesday 19 February 2014

Cara-cara Sambung Master


Entri khas untuk kawan-kawan aku yang banyak bertanya pasal ni.

Satu perkara yang aku rancang sejak dahulu, sejak dibangku persekolahan lagi ------> Buat Master. Dulu ketika masih bergelar pelajar sekolah, setiap kali aku ditanya apakah cita-citaku, aku mesti buntu untuk menjawabnya. Aku hanya memberi jawapan "tak tahu lagi, sebab nak sambung master." Hanya itu jawapan yang aku mampu bagi.

Kenapa perkataan 'Master' itu begitu sebati dalam jiwaku sejak di bangku persekolahan lagi? Semuanya kerana ayahku. Ayahku tidak berpendidikan tinggi,berasal dari kampung yang jauh di pedalaman, hanya bekerja biasa-biasa. Namun beliau cukup berpandangan jauh. Sejak kecil lagi aku ditanam semangat oleh ayah supaya belajar sekurang-kurangnya sampai ke peringkat Master. Mungkin waktu itu aku masih tidak begitu faham, namun aku tetap akur dan menganggap kehendak ayah sebagai tanggungjawab aku sebagai anaknya.

Ramai yang ragu-ragu, sama ada nak sambung master atau terus bekerja. Okey, tanya diri anda. Apa yang anda mahu dalam hidup. Apa yang sedang bergelojak di jiwa anda sekarang. Apa passion anda. Macam aku, semangat mahu sambung master itu telah berkobar-kobar sejak dahulu lagi hasil suntikan semangat dari ayah. Oleh kerana itu aku tidak fikir panjang lagi melainkan terus memilih jalan ini.


Selesai degree, aku hanya lepak di rumah selama 6 bulan lamanya! Sepanjang tempoh itu juga ayah tak putus-putus bertanya bila aku mahu sambung master. Aku sebenarnya keliru untuk memilih bidang pengajian yang aku mahu ambil. Sama ada mahu meneruskan bidang yang sama seperti degree ataupun tukar bidang. Oh ya, ramai juga yang tukar bidang, degree tidak sama dengan master. Bagus untuk kepuasan diri namun ade kekurangannya juga.

Aku mahu memilih universiti lain sebenarnya. Universiti yang tidak sama dengan degree dahulu. Aku mahu mencari pengalaman baru dan merasa suasana di tempat lain pula. Lebih bagus begitu sebenarnya. Namun, dek kerana asyik bertangguh memohon, akhirnya tanpa sedar semua universiti telah menutup permohonan untuk sesi awal 2014, kecuali universiti semasa degree aku dulu. So,aku tiada pilihan lain memandangkan ayah sudah mendesak supaya aku segera menyambung pengajian. Akhirnya aku kembali semula ke UKM.

UKM paling mudah memohon, kerana 100% online dan tidak perlu print permohonan dan pos semula kepada pihak universiti seperti kebanyakan U lain. Sesiapa yang berminat boleh apply di SINI

Ada kawan ajak sambung master di UK....impian aku! Tapi akhirnya aku tak jadi. Aku tak cukup keazaman. Iskkk.. 

CARA MOHON MASTER

Sebelum memohon, pastikan anda tahu jenis/mod pengajian yang anda mahu, sama ada coursework, research atau mixed mod (coursework+research). Macam aku, aku selesa memilih coursework kerana aku suka ke kelas, suka belajar, menghadiri kuliah dan berjumpa lecturer. Atau senang cakap aku lebih suka berguru. Aku rindukan suasana belajar seperti semasa degree dahulu. Aku belum puas merasa saat itu.

Untuk yang mahu buat research, pastikan anda sudah ada tajuk penyelidikan dan proposal. Kemudian, anda boleh terus memilih penyelia yang dikehendaki. Biasanya pelajar research juga perlu menghadiri kuliah, namun hanya perlu mengambil subjek teras sahaja. Selebihnya mereka akan membuat penyelidikan sepenuhnya.

Mixed mod adalah gabungan kedua-dua mod di atas.

Anda kena rajin buka laman web postgraduate U yang anda mahu. Pastikan anda peka dengan tarikh tutup permohonan. Jangan asyik bertangguh dan terlambat macam aku.

DAH DAPAT TAWARAN

Alhamdulillah, jika sudah dapat tawaran daripada pihak U, korang boleh lah print apa yang patut macam surat tawaran, perjanjian kerahsiaan, aku janji karya akademik dan sebagainya. Lepas itu, bolehlah buat medical check-up dan Xray. Itu sahaja. Bawak semua dokumen, daftar, dan anda selamat bergelar pelajar siswazah!

Dalam minggu pertama setelah bergelar pelajar siswazah itu juga, anda yang nak memohon biasiswa Mybrain bolehlah memulakan langkah. Boleh tengok detail pasal Mybrain di SINI. Aku sekarang sedang berkira-kira hendak memohon pinjaman pendidikan MARA juga. Yang nak mohon tu boleh klik SINI

Harap entri ini dapat membantu adik-adik yang berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat master /Ijazah Sarjana. Takpelah sambung dalam negara je pun. Yang penting ikhlas mencari ilmu okey adik2. Heeeeeeeeeee...

~Honey Inara~


101 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Hye awak ��, nak tanya if kita dah siap isi all borang continue master, kita kena jugak ke prints n anta dekat ukm.. Sbb sy dapat tahu ada yg cakap tak payah dan ada yg ckp kena. Hihi. Sory banyak bertanya, sbb tak tahu.. Hihi..
    Terima kasih awak ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lambat reply... ntah2 awak da masuk ukm :D masa saya apply dulu saya tak payah print..100% online..:)

      Delete
  2. kalau mod c kerja kursus tu macam mana pulak ya? yang mana paling wajar untuk diambil? risiko

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply.. mod kerja kursus tu sama mcm degree dulu... pergi kuliah, assigment dan exam..
      terpulang menurut kemampuan dan minat anda... paling senang kerja kursus..sekejap saja boleh grad..sila refer mklumat drp uni pilihan anda..hope membantu...thanks :)

      Delete
  3. nasib jumpa entry ni, baru habis belajar tapi tgh dilema nk smbung master ke keje, sebab semangat belajar tu tinggi. tapi takut pula tak terbawa. and baru tahu boleh pinjam mara untuk smbung master dlm negara ingat overseas je. thanks for the info :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau semangat belajar awak tinggi, teruskan sambung master! walaupun perit dipermulaan, awak akan rasa kemanisan dikemudiannya. semoga berjaya!

      Delete
  4. Assalamualaikum. Saya nak tanya yuran memang dia kira yg macam dalam offer letter tu ke? Kalau mybrain macam mana cara pembayaran dia kat ukm? Tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam... yuran dlm offer letter tu adalah yuran pendaftran+yuran pengajian utk sem pertama...
      mybrain: kita hantar salinan surat tawaran mybrain kat bendahari ukm, pihak bendahari akan uruskan.. yuran akan ditolak oleh bendahari..moga membantu...:))

      Delete
  5. Salam sis, entry yg sangat membantu. Nak tanya sis kalau apply coursework atau mixed mode perlu tak kita sediakan any proposal? Masih confius dengan penyediaan proposal ni. Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..kalau apply coursework @ mixed mood tidak perlu sediakan proposal lebih awal... kita boleh perlahan2 buat proposal sepanjang pengajian memandangkan semester2 awal kite perlu fokus kpd kelas dulu.. tapi kalau awak sudah ada proposal awal2 lagi bagus.. boleh terus ajukan kpd penyelia.. harap membantu..thanks =)

      Delete
  6. Salam sis, smbung mster bidang ape ye?

    ReplyDelete
  7. salam sis..permohonan pinjaman mara tu kena tunggu permohonan dibuka baru boleh apply ye??atau dibuka sepanjang masa??kalau yuran mula2 masuk tu boleh tak buat penangguhan sampai dpt my brain atau pinjaman mara??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.. awak kena tunggu permohonan mara buka baru boleh apply...tak silap saya permohonan dibuka setiap bulan, tapi ada tarikh tertentu. Saya tak pasti tentang penangguhan. Perlu rujuk pihak bendahari uni.. masa zaman saya, semester pertama saya terpaksa bayar yuran dengan duit sendiri, tapi mybrain akan cover semula wang yuran yang telah kita dahulukan. terima kasih..:)

      Delete
  8. assalamualaikum..nak tanya awak amik apa?coursework tu cara belajar lbh krg mcm degree ke?ssh tak?ingt nak smbg master teringin nak study luar plak..hehe..cuma masih tak tahu nak amik kos apa,cam dah xmo amik account..hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. yer.. coursework tu lebih kurang macam degree.. berbezanya, di peringkat master kita akan diberikan tugasan yang banyak, kita akan menjadi super busy dan terkejar-kejar masa... namun jika awak tanamkan keazaman dan kesungguhan yang tinggi dalam diri, awak pasti dapat melaluinya dengan baik.. tidak salah jika awak mencuba course baru yang memenuhi minat awak, kerana awak akan lebih merasai kepuasan.. hope membantu..thanks :)

      Delete
  9. salam sis,klu nk smbung mase bile ye mse yg sesuai..mcm sye skng nie tgh praktikal..dh blh ke apply?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.. terpulang kepada bila pengambilan/intake oleh pihak uni.. kalau waktu intake tu awak free dan bersedia, awak boleh apply sekarang.. apply lah pada masa yang awak ready, sebab setiap application tu ada fee.. kalau dah apply tapi tiba-tiba tak jadi, kan dah burn gitu je fee application...:)

      Delete
  10. Salam sis, sy nak tanya gred b- utk student master MBA dikira lulus or fail ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..utk MBA akak x pasti dik..

      Delete
    2. ok sis, tapi bagi student master, B- dikira lulus atau fail ye sis.

      Delete
    3. lulus lg..kire cukup makan la..tp kebanyakkan student master sanggup repeat paper untuk dapat a.

      Delete
  11. Salam. Kalu cgpa 2.73 boleh ke nak sambung master?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..kebiasaannya syarat yg diletakkan oleh pihak uni ialah cgpa 3.00 ke atas..
      apapun better awak check balik syarat permohonan d lmn web postgrad uni plihan awk..thanks

      Delete
  12. Salam.. sy dh menganggur hmpir 7 bulan kt rumah lps abis study. Tetiba trniat plk nk google psal smbg master n trjmpa entri ni. Tq sis its help me a lot. Bru sy tau cara nk smbg master! =) tp sy perlu pikir lbh dalam lg nk amik coursework/research/mix mode... nk kena google bnyk lg utk tau which one yg better

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..thanks..moga membantu dan bermanfaat..selamat maju jaya!

      Delete
  13. salam sis..
    saya nk tnya..if nak sambung master research mmng wajib sediakan proposal k?....ataupun dia terpulang pada uni
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm dik.. setahu saya memang wajib sediakan proposal.. thanks singgah blog nie..

      Delete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum sis.. saya nak tanya betul ke coursework betul2 busy lebih drpd degree?? sbb sy mcm nak buat part time tp takut kelas hari2.. macam mana ye?? thanks sis membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam...macam ni dik, kalo coursework ni walaupun subjek dia tak banyak dan kelas bukanlah hari2, tapi tugasan/asignment dia agak banyak dan berat...1 subjek kadang tu sampai 4 assigment.. mmg agak bizi untuk siapkan bermacam tugasan. kalo masa degree pulak, subjek banyak, kadang2 hari2 ada kelas kan..tapi assgment yg kita dapat tu tak berat sangat..ringan je..copy paste drp blog pun takpe (kan? hehe) tapi pepun terpulang pd cara kita uruskan masa jugak..lain orang lain cara..tapi gitulah pengalaman saya...hope membantu..thanks =)

      Delete
  16. sis.. nk tanya... berapa lama nk kena tunggu tawaran ni?? resah gelisah offer tak kunjung tiba ~

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Slm sis. Sy skng dh dpt tawaran master in education by coursework. Tp mnjd mslh sy skng ni, sy tgh tgu utk kerja jugak. skng sy menetap di penang. so sy nk tnya, kalu sy pergi bljr dlu lps tu blh ke sy tukar ke part time? Atau sy kena berhenti je bljr?nk tangguh bljr xblh kn. Btl2 dilemma ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah spt yang adik alami ni normal sangat dlm kalangan student master...ada yang ambil keputusan berhenti kerja utk fokus 100% kpd master..menurut mengalaman akak dan kawan2, boleh je tukar dari full time ke part time dan ramai student master yang bekerja sambil belajar. tentang tangguh belajar, boleh je tangguh tapi tidak boleh lebih 2 semester..

      Delete
  21. Slm sis. Sy skng dh dpt tawaran master in education by coursework. Tp mnjd mslh sy skng ni, sy tgh tgu utk kerja jugak. skng sy menetap di penang. so sy nk tnya, kalu sy pergi bljr dlu lps tu blh ke sy tukar ke part time? Atau sy kena berhenti je bljr?nk tangguh bljr xblh kn. Btl2 dilemma ni.

    ReplyDelete
  22. Slm sis. Sy skng dh dpt tawaran master in education by coursework. Tp mnjd mslh sy skng ni, sy tgh kerja jugak. skng sy menetap di penang. so sy nk tnya, kalu sy pergi bljr dlu lps tu blh ke sy tukar ke part time? Atau sy kena berhenti je bljr?nk tangguh bljr xblh kn. Btl2 dilemma ni nk bljr atau kerja

    ReplyDelete
  23. Slm sis. Sy skng dh dpt tawaran master in education by coursework. Tp mnjd mslh sy skng ni, sy tgh kerja jugak. skng sy menetap di penang. so sy nk tnya, kalu sy pergi bljr dlu lps tu blh ke sy tukar ke part time? Atau sy kena berhenti je bljr?nk tangguh bljr xblh kn. Btl2 dilemma ni nk bljr atau kerja

    ReplyDelete
  24. nak tanya.. saya student uitm.. degree baru nak masok semester akhir..
    kalau saya nak sambung master... permohonan dibuat waktu saya belajar atau selepas saya dapat keputusan akhir degree? atau saya perlu tunggu lepas dapat scroll baru boleh mohon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waktu belajar dalam semester akhir tu dah boleh memohon jika awak nak terus sambung master selepas habis degree.. belum dapat scroll pun dah boleh memohon.. tiada masalah. biasanya semasa permohonan tu, pihak universiti akan minta kita sediakan result setakat yg kita ada dan surat pengesahan pelajar tahun akhir/semester akhir (yg dikeluarkan oleh pihak akademik, uni) sebagai pengganti scroll dan transkrip rasmi yang belum kita perolehi..hope membantu.

      Delete
  25. Salam,nk tanye bolehke lulusan ijazah sarjana muda sains kesihatan pemakanan nak further master dlam bidang lain?contohnya bidang matematik?wlaopn mase degree x de blaja matematik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat pengalaman saya, ramai je pelajar dan kawan-kawan saya sendiri yang tukar bidang lain. sebagai contoh, ada kawan saya degree IT, tapi sambung master dalam bidang ekonomi. permohonan diterima dan beliau tiada masalah dalam pembelajaran kerana minat dan kesungguhan.

      Walaubagaimana pun, semuanya tertakluk kepada keputusan pihak universiti sama ada menerima atau tidak pemohon yang memiliki kelayakan akademik yang berbeza dengan kursus yang dipohon. Jika ada rezeki, biasanya dapat je.

      Delete
  26. Salam,maaf ganggu..nk tnya yuram mba utk business admin ukm 7k untuk 1 sem.? Betul ke.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hashimah. Boleh sy tau awak amik course apa??. Sbb sy BBA n tgk course dtawarkan tak byk dlm bidang business. Yg saya nampak entrepreneur. tengah confuse. Hasrat nak smbung ukm..

      Delete
  27. Salam,maaf ganggu..nk tnya yuram mba utk business admin ukm 7k untuk 1 sem.? Betul ke.?

    ReplyDelete
  28. Salam,maaf ganggu..nk tnya yuram mba utk business admin ukm 7k untuk 1 sem.? Betul ke.?

    ReplyDelete
  29. Slm sis.. sy nk tny, kalo smbung bisang berlainan dri degree sng ke dterima ek? Mcm sy, bidang optometri sy nak sambung education. Layak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.. berdasarkan pengalaman saya dan rakan-rakan, ramai je yang sambung master bertukar bidang yang berlainan sama sekali daripada degree dahulu. Kebanyakan daripada mereka adalah yang sambung education. Saya rasa mungkin tiada masalah. Lebih2 lagi education merupakan bidang yang borderless.

      Walaubagaimana pun, semuanya tertakluk kepada keputusan pihak universiti sama ada menerima atau tidak. Jika betul2 minat, why not cuba apply dulu. Thanks.

      Delete
    2. Sorry mencelah. Sy cuba nak tau biasanya motif utk further education sbb hanya utk jd pensyarah je ke??

      Delete
    3. Tidak dinafikan ramai yang further education dengan impian untuk jadi pensyarah, tapi tidak semua dan tidak semestinya hanya untuk bergelar pensyarah. Ia soal meningkatkan peluang dan memberi nilai tambah pada diri.

      Delete
  30. Salam. Sis. Thanks for that infor. Saya ingin bertanya pendapat sis. Saya sudah mendaftar sebagai pelajar pendidikan (coursework) sedangkan degree saya dalam bidang computer science. Akan tetapi, saya rasa was was dengan pilihan saya dan seperti ingin kembali ke bidang asal saya iaitu computer science (saya akan buat research). Mohon pendapat sis mana lebih baik? Dari segi masa depan? Adakah bidang pendidikan lebih baik? Atau computer? Dan yang mana lebih okay, kerja kursus atau penyelidikan? Kalau boleh, saya ingin habiskan master dalam 3 semester sahaja. Terima kasih sis.

    ReplyDelete
  31. kalau pointer masa degree 2.90 still boleh apply master?

    ReplyDelete
  32. kalau pointer masa degree 2.90 still boleh apply master?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi tak salah cuba. Ramai juga yang sambung master kerana mahu back-up pointer yang lemah semasa degree.

      Delete
  33. ASSALAMMUALAIKUM.. maaf ye nak tanya. Saya lepasan STPM dan nak tangguh degree buat sementara waktu. mungkin dalam setahun atau kurang disebabkan alasan tertentu. Tapi saya tak tahu macam mana nak tangguh. Perlu ke saya beli no pin upu untuk kemasukan tahun ini atau tidak? Atau perlukah saya apply untuk kemasukan seterusnya? Sebab saya dengar kalau apply tahun ni dan kita dapat tawaran tapi kita tolak, nama akan di-blacklist. Mohon penjelasan. Terima Kasih :)

    ReplyDelete
  34. salam..saya ingin bertanya.. berapa lama masa untuk tunggu offer letter?

    ReplyDelete
  35. Salam. Tumpang tye, kite kene buat muet lg sekali ke utk smbg belajar muet? Nak band berapa ye utk smbg master?

    ReplyDelete
  36. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  37. sis nk tanya kn, kalau i nk tukar uni utk sambung master mcm mana ye? sbb uni aku ni xde master utk kos yg i nak...

    ReplyDelete
  38. salam...biase keputusan permohonan master UKM akan tahu tempoh brape lama selepas kita mohon?

    ReplyDelete
  39. hai
    .boleh mintak contact no..akak nk pm.ada bbrpa soalan yg ingin ditanya..terima kasi

    ReplyDelete
  40. boleh tau kos apa yg ada utk part time?
    ada x ukm offer part time for science

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai.rasanya semua kos ada dik. Boleh check di website fakulti pilihan adik.

      Delete
  41. Salam sis , sy pelajar degree ukm sekarang dan saya plan nak buat master terus kat ukm ni lepas habis belajar..agaknye berape kos yg diperlukan eh total kos utk belajar master? Kalau mohon ptptn boleh x ?

    ReplyDelete
  42. wasalam dik. Kos total sis dulu dalam RM7500 termasuk kolej penginapan. Yuran satu semester dalam RM1400 lebih. Tertakluk kepada bidang juga. Boleh mohon ptptn.

    ReplyDelete
  43. salam sis document apa yg diperlukan untuk buat pengesahan dan perlu upload dalam online application

    ReplyDelete
  44. Assalam sis .. kalau terlepas tarikh akhir permohonan master UKM, ada apa2 cara untuk saya tetap register ?? Daftar manual ke ??

    ReplyDelete
  45. assalam.. kalau saya tak pernah amik muet, perlu ke muet utk syarat kelayakan nak amik master di uitm?

    ReplyDelete
  46. Salam sis, skrng sis dah habis master ke belum ya? Saya pun plan nak amik master by coursework. Tp nak tau duration master ni habis bulan berapa pula. Boleh sis terangkan, yg Kalau intake on februari ukm? Thanks sis :):):)

    ReplyDelete
  47. Salam sis. Kalau apply master by research di ukm, selection process tu ambil masa berapa lama untuk tahu keputusan? Tak senang duduk ni keputusan tak keluar2 lagi :(

    ReplyDelete
  48. SALAM. SAYA NAK TANYA KALAU DIA MINTAK CONFIRMATION LETTER, MACAM MANE YE?

    ReplyDelete
  49. hai.. nak tnya, ada tak tarikh atau tempoh yg tertentu utk apply master (coursework) ni?

    ReplyDelete
  50. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  51. Hi. Nak tanya. Macam mana ye nak jelaskan yuran ? Boleh ke bayar duit pendaftaran dahulu sementara menunggu pinjaman ? Atau mybrain tu dah memang untuk ditolak bagi yuran ?

    ReplyDelete
  52. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  53. Hai Haniinara. Terima kasih atas perkongsian yang sangat menarik. Saya sekarang berada di tahun akhir ijazah di Universiti Putra Malaysia. InsyaAllah pada bulan November ni, saya akan bergraduat. Saya naktanya, jika saya isi borang secara online untuk sambung master bagi kemasukkan bulan September boleh ke? atau kena tunggu grade dulu, baru boleh isi dan masuk pada kemasukkan Januari 2018? Boleh jelaskan? Terima Kasih banyak-banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waktu belajar dalam semester akhir tu dah boleh memohon jika awak nak terus sambung master selepas habis degree.. belum konvo/ dapat scroll pun dah boleh memohon.. tiada masalah, yang penting awak memang dah dalam semester akhir. Biasanya semasa permohonan tu, pihak universiti akan minta kita sediakan result terakhir (sem sebelumnya) dan surat pengesahan pelajar tahun akhir/semester akhir (yg dikeluarkan oleh pihak akademik, uni) sebagai pengganti scroll dan transkrip rasmi yang belum kita perolehi..hope membantu.

      Delete
  54. assalamalaikum sis haniinara..saya baru sahaja tamat kursus sarjana muda. Saya telah merancang untuk menyambung master tetapi saya ada sedikit masalah iaitu jurusan apa yang saya mahu ambil samada sambung dari kurusus sewaktu degree atau jurusan lain. Dan, ada tak pro and contra kedua-duanya? boleh jelaskan. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Pada pendapat saya, jika degree/master kita kursus yang sama, bagus kerana ia akan menambahkan penguasaan ilmu dan kepakaran alam bidang tersebut. Sesuai untuk apply kerja lecturer. Tapi kalau degree & master tak sama, skop pekerjaan kita akan lebih luas. Sebab kita ada kelayakan dalam dua bidang.

      Delete
  55. Info yg sangat membantu dan terime kasih byk2 ye.

    ReplyDelete
  56. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  57. Hai.assalamualaikum.sy nk tanya,boleh ke degree business admin,nk apply master in science agriculture..mohon pencerahan.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dari aliran sains nak ke sastera = boleh.
      Kalau dari aliran sastera nak ke sains = tak boleh.
      Hope membantu :)

      Delete
  58. boleh tanya, kalau mechanical degree ambil business master coursework boleh tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dari aliran sains nak ke sastera = boleh.
      Kalau dari aliran sastera nak ke sains = tak boleh.
      Hope membantu :)

      Delete
  59. salam..nak tanya, jika hendak sambung master cmne dgn yuran pendaftaran?

    saya hendak memohon master di uthm, dan memerlukan bank statement jika pembiayaan ditanggung sendiri.

    mohon pencerahan berkenaan dgn yuran2 untuk pengajian master

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Biasanya untuk kali pertama mendaftar kita terpaksa menggunakan wang sendiri dahulu untuk membayar yuran pendaftaran. Selepas sem bermula baru kita boleh buat permohonan pinjaman pendidikan/biasiswa.

      Delete
  60. Salam..terima kasih atas perkongsian yang amat bermanfaat..saya bercadang untuk sambung master pada tahun hadapan..tapi masih confius tak tahu nak pilih mod mana dan bidang yang sama ataupun berlainan..nak tanya bagaimana nak mohon pinjaman ptptn/mara/mybrain tu yea..berapa jumlah pinjaman yang akan diberi sepanjang tempoh belajar?

    ReplyDelete
  61. assalamualaikum sis nak tanya jika sambung kos yang sama berapa lama ye tempoh pengajian untuk master (coursework)?

    ReplyDelete
  62. Salam sis. Saya nak tanya, macam mana nak tau tarikh tutup permohonan ye ? mostly sy tgk website atau portal x provide tarikh...so agak susah utk sy plan..atau kena contact terus pihak univ ?thanks for your response sis :)

    ReplyDelete
  63. Assalamualaikum nk tanya anak saya grad degree in antropology Dan sosiologi Dr ukm dengan first class degree
    Ada ke peluang beliau lanjut kan pelajaran dlm bidang psikologi semasa sambung master

    ReplyDelete
  64. Menarik artikel dikongsi..btw saya merupakan RA atau pembantu kajian.Jika ada perlukan bantuan utk penulisan jurnal/mencari jurnal,thesis writing SPSS dan sebagainya juga menulis untuk buku dan novel bolehla hubungi saya 0166371460.Mana tahu nak upah kan..boleh berbincang nt.

    ReplyDelete