Thursday 28 February 2013

Sesuatu Yang Belum Pasti...


Hari ini kita bertemu lagi...
Kau menyapa aku dan bertanyakan namaku....
Setiap persoalan kau aku jawab dengan teratur....
Aku sembunyikan segala perasaan gelabah....

Ya! Aku nampak macam biasa.....kau pun nampak aku macam biasa...


Tapi aku tahu matamu sering curi-curi lihat aku....

Pandanganmu sungguh sesuatu....
Tapi aku buat rilex saja...

Kau buat aku ketawa....

Kau bertambah ketawa bila lihat aku ketawa....
Adakah kau bahagia melihat kegembiraanku?

Entah! Aku bukan jenis gadis yang cepat perasan...

Aku anggap semuanya tiada makna...
Tiada apa-apa pun yang istimewa...

Tapi, jika itulah bibit-bibit permulaan kisah aku dan dia...

Tiada apa yang boleh kukata....
Melainkan berharap semoga Tuhan permudahkan jalanku....
Jika benar dia bakal pendamping hidupku...


~honey inara~



Tuesday 26 February 2013

Dah Ada Rama-rama Dalam Hati :)




Disisimu aku terdiam seribu bahasa...
Dihatiku bergetar sejuta rasa...

Jangan biarkan ku ternanti-nanti...
Usah benarkan masa berlalu pergi...

Izinkan cintaku berbunga dihatimu....

Kau adalah misteri...

"Aku rasa macam aku suka kat seseorang la sekarang ni...dah lama aku tak rasa perasaan nie...last aku suka kat seseorang pun masa tahun 2008...itu pun berkecai jugak akhirnya...adakah dia bakal pendamping hidupku?"


~Honey Inara~





Tuesday 19 February 2013

Kenapa Aku Berhenti Makan Beutskin


Produk yang paling hot di masa kini dah tentulah Beutskin Essence kan..
Disini aku nak share pengalaman aku consume Beutskin nie..
Dek kerana terpengaruh dengan iklan dan testimoni yang berlambak2 di fb, aku pun dengan excitednya mahu mencuba..
Iyelah, sape tak nak kulit putih gebu mcm Adira kan..

Aku pun beli la melalui fb dan memakan seperti yang disyorkan iaitu
4 biji sehari yakni 2 biji pagi 2 biji malam..
kalau nak jimat, aku makan 2 biji/ sebiji sehari..
Sebulan pertama penggunaan, tak dinafikan kulit aku terasa lebih licin & lembut..

Tapi dari segi kecerahan, aku rasa takde efek pape pun..
Tone kulit aku masih seperti biasa..
Yang tu aku tak kisah sangat..
Iyelah, takkan nak mendadak putih kan..
Beutskin tak kan mencerahkan dengan cepat..
Adira yang sebelum ni memang dah cerah pun consume 6 bulan untuk kelihatan putih macam sekarang..
Apalagi utk orang yang kurang cerah, kurang-kurang setahun baru nampak whitening effect tu..

Tapi yang aku perasan, sepanjang aku consume BE ni,
Time datang bulan, die macam tak berapa lancar..
Datang tu datang, tapi cam tersekat2..
Nak cerita detail pun payah (malu)
Tapi yang pasti aku tak suka keadaan nie..

Akhirnya, aku ambil keputusan untuk stop BE nie..
Aku stop sebab....
..
..
..
..
..
..
..
..
..
MAHAL Kowt!!!
Huhu...aku kan student lagi..mana la mampu nak consume secara berterusan..
Lain lah kalau ada orang tanggung..huhu
Pokai aku dibuatnya...
Sekotak RM200/60 biji
Nak efek cepat, makan 2 kotak sebulan =RM400 (untuk student marhaen macam aku, nilai itu besar)

Habis beratus2 untuk kecantikan, rasanya aku tak sanggup..
Memanglah berhabis pun untuk kecantikan sendiri gak, cuma aku terpaksa hold dulu..
Nanti kalau aku dah kerja, gaji banyak, bolehlah aku consume balik..

So, aku stop bukanlah sebab BE tak elok okey..
Bagi aku BE cukup bagus sebagai supplemen untuk kesihatan dan kecantikan...

Scha pun makan BE gak skrg kan? Tp die mmg dah cantik pon...

~ Sekian: hOney InaRa..:) ~