Monday 15 February 2016

Menghitung Hari

Dah lama aku tak update blog a.k.a diari maya aku ni. Terlalu banyak perkara yang berlaku yang tidak sempat aku curahkan disini. Mungkin masa terlalu mencemburui aku. Ya, masa bergerak sangat pantas. Diam tak diam hampir sebulan lebih sahaja lagi masa yang aku ada sebagai seorang single girl. Bulan hadapan aku akan menjadi married woman. Warghh!

Jika aku rangkumkan segala yang aku lewati dalam bentuk kata yang ringkas, aku telah melalui setiap hari yang indah dalam hidup. Meskipun masih banyak kekurangan, tapi aku mampu mengharunginya dengan berhati-hati. Aku hanya besederhana. Tiada apa yang lebih, tiada apa yang kurang. Yang pasti, kini aku sedang belajar untuk menerima realiti. Belajar untuk menyedari bahawa aku bakal menjadi seorang isteri, seorang menantu, seorang kakak ipar, seorang cucu dan segala-galanya. Aku tidak mahu terkejut di hari pernikahan nanti. Apatah lagi untuk mengalirkan air mata keharuan. Aku sudah lama terharu. Jadi aku tidak mahu sebarang airmata pun tumpah dihari pernikahan nanti. Aku mahu segala-galanya berjalan tenang dan tenteram. Ini semua adalah soal persediaan mental.



Sepanjang perjalanan hingga ke hari ini, ada suatu perkara yang amat mendukacitakan aku, namun aku enggan mengenangnya lagi. Cukuplah ia sekadar menjadi ingatan agar aku lebih berhati-hati pada masa hadapan dan lebih menghargai sesuatu pemberian daripada insan yang istimewa. Tanggal 18/12/2015 aku kehilangan cincin risik a.k.a cincin pertunanganku. T_T... Aku yang terlalu cuai. Maafkan aku Mr.N.

Sungguh, aku masih punya banyak kelemahan. Aku masih tidak mahir memasak. Tapi aku sangat minat memasak dan berjanji pada diri akan memperbaiki my cooking skills. Bab mengemas, membasuh, insya Allah aku dah mahir. Mungkin aku juga patut perbaiki communication skills. Belajar untuk lebih natural dan berani. Kurangkan rasa malu. Aku kena banggakan Mr N sebagaimana dia buat aku berbangga di hadapan keluargaku. I must give the same. Kata orang, bila kita nak masuk dengan keluarga pasangan, kita kena bersikap natural saja. Jangan berlakon. Jangan berpura-pura. Jadilah diri sendiri dan mereka akan terima kita seadanya.

Aku harap Mr N akan bersabar dengan kekuranganku. Aku janji akan perbaiki. Aku mahu dia terus menyokong dan berdiri dibelakangku, kerana hanya dia tempat bergantungku nanti.

Semoga Allah SWT permudahkan perjalananku!


~Honey inara~