Tuesday 10 March 2015

Hanya Bahasa Meyakinkan Hubungan Kita


Kata Mr N setahun tak lama.
Kata Mr N masa akan berlalu dengan begitu pantas.

Aku cuba untuk percaya kata Mr N bahawa penantian selama setahun itu hanya sangkar waktu yang kecil.

Masih tiada ikatan walau telah lama berpasangan,
Hanya bahasa meyakinkan hubungan kita,
Dengan suara yang syahdu,
Dapat kau lukis hatiku,
Keindahan mimpi-mimpimu,

Apakah benar cinta berbunga,
Harum didalam jambangan jiwa,
Sehingga kuasyik terlena olehnya,

Rindu berlarutan mimpi berpanjangan,
Namun belum ada kenyataan,
Mahligai masih lagi terapung diawangan,
Dalam madah seloka cinta,

Berapa lama lagi perlu aku nanti,
Rindu ini mencecah ke bumi,
Segala janji kan menjadi nyata,
Dan bertapak mahligai bahagia,

Bukan aku memaksa,
Tapi selanjur bercinta biar sampai berumahtangga.

~honeyinara~


Thursday 5 March 2015

Satu Episod Airmata



Dalam perhubungan tak sentiasa diwarnai dengan kegembiraan sahaja. Langit tak selalu cerah. Ada hari hati terasa gusar dan perasaan menjadi berkecamuk.

Aku risau kata-kata ayah tempohari mengguris hati Mr N.

Aku serba salah. Berulang kali aku memohon maaf kepada Mr N. Aku harap dia tidak mengambil pemikiran negatif terhadap kata-kata ayah.

Kekacauan di minda buat aku terfikir perkara bukan-bukan. Aku terima andai kata Mr N mahu menarik diri. Aku cuba bersedia sekiranya Mr N mahu membatalkan hasratnya terhadapku. Walaupun aku tidak akan sengsara, tapi yang pasti aku akan berduka.

Aku meminta kepastian daripada Mr N.

Dengan perasaan bercampur baur. Sedih. Berdebar. Takut kehilangan.

Dan akhirnya dia bersuara.

Katanya dia tidak akan berganjak. Dia tetap mahu memiliki aku. Dia mahu setia menunggu aku sampai aku sahih menjadi permaisuri hidupnya.

Ya Allah...! Airmata aku berjuraian jatuh ke pipi.

Betapa aku tidak menyangka sekuat itu perasaannya kepadaku. Aku tidak dapat menyembunyikan perasaan terharu. Sungguh, aku cinta dia kerana kesungguhannya.

Saat dia pula meminta kepastian dariku. Dia yang dalam kesamaran, mahu aku menariknya ke daerah cahaya.

Aku pula dihimpit rasa bersalah, kerana aku tidak beri yang terbaik untuknya.


Rasaku Kamu Ada,
Disetiap Sedih Juga Senangku,
Rasanya Kamu Sudah,
Menjadi Bintang Terang Hidupku,

Masih Kurang Rasaku,

Mencintai Hatimu,
Ingin Aku Jadi Terbaik Bagimu,

Masih Kurangkah Aku,

Menyayangi Hatimu,
Mahu Aku Mengganti Setiap Sukarmu,
Dengan Tenang.

Rasakan Kamu Ada,

Disaat Senyum Juga Tangisku,
Rasanya Kamu Sudah,
Jadi Yang Terbaik Bagi Aku.

Masih Kurang Rasaku,

Mencintai Hatimu,
Ingin Aku Jadi Terbaik Bagimu.

~honeyinara~


Hari Istimewa Aku & Dia

Perempuan akan mula berharap bila hatinya disentuh seseorang...


20 Februari 2015

Aku takkan lupa hari itu sampai bila-bila...
Hari istimewa aku dan dia...
Dia dan keluarganya datang merisik dan meminang aku..
Dan cincin itu jadi tanda ikatan janji antara aku dan dia...

~Honeyinara~