Monday 7 September 2015

Tak Perlu Ada Ungkapan Berbahasa...

Soal jodoh dan pertemuan bukan suatu yang mudah untuk diungkapkan kerana kadang-kadang ia terjadi dengan sendiri tanpa kita sedari. Allah berfirman : “Dan di antara tanda-tanda kekuasaaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”(Surah Ar-Rum: 21)

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengan kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.



Kesepian memberi waktu Padaku
Renungi saat-saat indah Bersamamu
Antara kita tak pernah terucap madah
Melafaz janji setia rasa

Perpisahan ini memberi sejuta erti
Mengajar kita mengenali diri ini
Tak perlu ada ungkapan berbahasa
Kita sedia memakluminya

Tiada kata pembukaan
Tiada berperenggan
Tiada akhiran
Tiap ruang hati telah bersemadi
Tiada ku temui noktah cinta ini....




Saturday 5 September 2015

SUATU MASA...

Bagaimanakan kumula, dan apakah kata-kata yang indah untuk diabadikan,
Tiap wajah berkisah, tiap madah beerti,
Manakah ilhamku..
Cahaya dimatamu, senyum dibibirmu.
Mengukir seribu tanda pertanyaan,
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan,
Di saat begini aku merindukan...

Berhelai-helai surat terbiar didepanku tak dapat aku utuskan,
Kuramas semua dan buangkan jauh dari pandangan,
Lalu aku kesal, kukumpul semula,
Tak dapat kunyatakan apa yang kurasa,
Jika engkau tahu didalam hatiku,
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku...

Dengarkanlah panggilanku, dengarkanlah lagu untukmu,
Angin lalu kau sampaikan rasa rindu yang membara kepadanya..

Warna-warna cintaku kian pudar bersama malam yang gelap gelita,
Entahkan kau rasa apa yang aku rasa atau kau tak endah,
Tapi kupercaya semua telah tertulis,
Dan niat suciku takkan disiakan..

Dan di suatu masa dihari yang indah,
Kuhulur tanganku lalu kau terima......


Aku Masih Terhenti Disini

Hmm...Again and once again...

Mr N buat aku terharu lagi.
Rajin je dia pikat hati mummy and daddy aku.
Walaupun dia sedang jauh berbatu-batu.

Tapi aku?
Jarang-jarang je aku pikat hati mummy and daddy dia.
Aku bukan tak reti atau dzolim.
Kalau boleh aku nak buat apa saja.
Semuanya untuk menggembirakan orang tua dia.

Tapi aku malu.
Malu yang teramat.


Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalakan sebuah erti

Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami

Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya....



Aku nak buat. Cuma masanya belum tiba.

~Honeyinara~

Lama Tak 'Tenang-tenang Saja' Macam Ni...

'Tenang-tenang saja' tu ayat yang DJ Nazz selalu guna masa segmen Cinta Gegar kat THR Gegar. Sejuk je rasa bila dengar ayat tu di malam-malam yang damai. :)

Best malam ni. Sebab lama tak rileks lepak-lepak depan laptop sampai 1 pagi macam sekarang. Terlayan pulak lagu yang ada kena mengena dengan diri ini.
Kutujukan di angin lalu, khas untuk dia, bagi menggambarkan perasaanku saat ini. =)

Sejak dari dulu ku menyintaimu
Kau tahu begitu namun kau berpura
Ku masih teringat kau peluk diriku
Yang telah membuat ku menyintai mu

Sudah berapa lama diriku ini tak bertemu mu
Mungkin ku harap jua
Kau merindu ku sebagaimanaku rinduimu

Cinta antara kita tiada penghalangnya
Walau akhir usia ku menyinta dirimu
Ku hanya menunggumu menyata kau cintaku
Ku kan berjanji menyintamu sayang...

Setelah kau pergi jauh dari sisi
Tiada ku cinta selain dirimu
Ku ingin bersama denganmu selamanya
Walaupun sehingga ke akhir nyawa

Mungkin kau tak mengerti
Maksud ku dulu pada dirimu
Kiniku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu...



~honeyinara~


Sunday 16 August 2015

Hari Ini Kau Datang Riang

What a surprise!
Mr N boleh pulak call ayah aku, cakap nak datang rumah petang ni.
Omaiii...dah la aku tengah melingkor atas katil masa tu. Penat tak hilang lagi kot. Aku baru sampai rumah pagi tu selepas travel 8 jam. Boleh pulak dia nak datang. Dengan keadaan aku yang demam, selesema dan batuk lagi. Sobsss

Tapi aku appreciate sebenarnya.
Dia janji nak datang hujung syawal, dan dia memang datang.
Cuma aku tak sangka secepat ini.

Smile...smile..smile...
Itu jela kerja aku sepanjang dia datang tu.
Bak kata akak aku, ni dia baru datang berjalan, aku dah macam meroyan. :D

Terima kasih MR N sebab sanggup datang jauh-jauh dari KL ke kampung saya. Bawak lemang dengan rendang lagi. (Tak sempat pula aku nak makan lemang. Sempat makan rendang je. T_T)

Terima kasih sebab selalu buat saya terharu. Terima kasih sebab berusaha keras mengambil hati orang tua saya. Terima kasih sebab sentiasa buktikan kepada family saya yang awak benar-benar serius dengan saya.

Semoga segala urusan awak dipermudahkan.
Semoga awak mendapat ketenangan setiap hari dalam hidup awak.
Semoga awak sentiasa selamat dan dilindungi oleh ALLAH.
Saya tak mampu nak bagi awak hadiah mahal. Saya cuma mampu doakan awak setiap hari.


"Hari ini kau datang riang,
Tersenyum buat kusenang,
Kau hias dirimu,
Membuat hati bertambah sayang.."

:)

~honeyinara~


Alhamdulillah...Selesai Pengajian Master!

Alhamdulillah...syukur ya Allah..
Hari jumaat penuh barakah yang lepas, aku telah menyelesaikan segala tanggungjawabku sebagai seorang pelajar sarjana. Aku telah menghantar tesisku yang telah dijilid kepada pejabat dekan dan supervisor. Tuhan saja yang tahu betapa lapangnya dadaku terasa waktu itu. :)

Selesai sudah pengajian master aku selama 3 semester, kira-kira setahun 7 bulan. Satu tempoh yang sangat sekejap, tapi telah meninggalkan jutaan kenangan buat aku. Ada pahit dan ada manis. Yang pasti sangat banyak manisnya.:) :)

Sepanjang perjalanan master ini, aku telah mengalami 3 perkara yang sangat bernilai. Aku anggap ianya satu anugerah istimewa dalam hidup aku.

Yang pertama, aku ditemukan dengan sahabat-sahabat yang sangat memahami, sangat baik hati, sentiasa menghiburkan dan selalu ada ketika susah dan senang. Semasa degree dahulu aku tidak ada ramai kawan yang sehati sejiwa dengan aku. Tapi aku temui ramai sahabat yang sehati dan sejiwa semasa di peringkat master. Syukur alhamdulillah! Sahabat-sahabatku ini banyak memberi erti dalam hidup aku. Tanpa mereka tentu aku tidak sekuat dan sebahagia sekarang.

Yang kedua, aku bertemu jodoh. Memang cliche berjumpa jodoh di tempat belajar, tapi aku tetap kenang ia sebagai suatu momen yang sangat indah dan bermakna dalam hidup aku. Insan yang selama ini aku crush dalam dewan kuliah akhirnya bakal jadi suami aku. Saat aku dalam keperitan, dia hadir tanpa aku undang. Benarlah setiap ujian yang dilalui itu pasti ada hikmahnya.

Yang ketiga, aku dapat rasa pahit manis pengalaman belajar suatu bidang baru yang aku langsung tiada basic. Berani sangat nak tukar bidang kan! Memang perit dan getir. Tuhan saja yang tahu betapa payahnya aku nak menghabiskan pengajian ini dengan subjek yang sangat susah bagi aku. Aku sedar bidang ini bukan untuk aku. Walaupun aku tak dapat menguasai semua, sekurang-kurangnya aku dapat ilmu baru yang mungkin berguna untuk aku di alam kerjaya nanti. Aku berterima kasih kepada semua pensyarah yang pernah mengajar aku, walaupun result aku tak berapa cantik untuk master kali ini.

Lepas ini aku nak fokus ke arah membina kerjaya pula. Bukannya aku dah tak minat nak sambung belajar. I love academic dan kalau boleh nak kerja dalam line academic. Aku nak juga ada karier sendiri macam orang lain.

Ramai kawan-kawan tanya kenapa aku tak sambung phd terus. Jawapan yang selalu aku bagi ialah macam yang aku cakap kat atas. Nak bina kerjaya. Tapi itu cuma jawapan di mulut. Jawapan dihati ialah sebab aku nak KAWEN sebenarnya. Aku nak fokus kat rumahtangga dulu. Hiiiiiiiii
Biarlah suami aku je yang sambung phd nanti. :)

Aku nak cari kehidupan yang lebih baik dan bahagia selepas ini. Mudah-mudahan tercapai. Ameenn..:)



~honeyinara~




Saturday 8 August 2015

Kenapa Baru Sekarang Kita Dipertemukan..


Kali terakhir aku temui dia ialah pada 2013.
Dia abang A.
Bekas crush aku dulu.
Senior aku di sekolah dan di universiti.
Lama juga aku crush dengan dia.
5 tahun juga dia berlegar-legar dalam hati aku.
Sedikit sebanyak dia telah meninggalkan kesan dalam hidup aku.


Hari ini, 7/8/2015.
Setelah sekian lama terpisah, akhirnya aku bertemu semula dengan dia.
Tak dirancang pun.
Terserempak di kedai makan.

Dia pandang aku.
Aku pandang dia.
Dia alih pandangan
Aku hanya tersenyum.

Puas aku perhatikan dia.
Bagai melepaskan seluruh rindu yang tersimpan selama ini.
Bukan rindu yang membara pun.
Rindu yang telah pudar.
Kasih aku pada dia pun telah beransur luput.

Dalam pertemuan itu, aku tertanya.
Kenapa baru sekarang aku dan dia dipertemukan?
Setelah dia sudah memiliki.
Dan setelah aku jua telah dimiliki.

Kenapa tidak dahulu?
Kenapa tidak semasa dia tiada siapa-siapa.
Dan semasa aku juga tiada siapa-siapa

Benarlah, jodoh dan pertemuan itu rahsia Allah.

Bila aku fikir dalam-dalam, panjang-panjang.
Kalaulah aku dan dia dipertemukan saat masing-masing masih kekosongan,
Adakah aku dan dia akan berjodohan?

Tapi, kalaulah aku dan dia dipertemukan saat dia sudah memiliki dan aku pula masih kekosongan,
Pasti hujan hati aku malam ini!
Tak dapat aku bayangkan betapa pedihnya hati,
Kerana aku tahu dia sedang bahagia bersama kesayangannya.
Kesayangannya yang cantik persis Adira.
Setakat aku ini, dia tak pandang pun.

Sesungguhnya aturan Tuhan itulah yang terbaik.
Aku sempat buka lembaran baru sebelum dia dimiliki orang.
Sekurang-kurangnya aku tidak kecewa.

Segalanya telah tertulis.
Aku kini bahagia dengan Mr N.
Dia juga sedang bahagia dengan isterinya yang persis Adira.

Apapun, adakala kenangan lama tetap datang mengusik.
Hanya kadangkala aku terkenang.




















~honeyinara

Friday 26 June 2015

Tarikan Seorang Lelaki



Bagi seorang perempuan yang matang, tarikan yang dia nampak pada seorang lelaki bukanlah pada paras rupa,  tapi pada pemikiran, the way lelaki itu bawa diri, pendirian serta pegangan agamanya. =)


Friday 22 May 2015

Buat Incik Crush Saya :')

Terima kasih duhai kekasih ku
Kerana dikau menghulurkan
Seranjang mawar tanda cinta mu yang suci
Harumi di hati ini

Terima kasih duhai sayang ku
Kerana dikau sudi menyelami
Selautan kasih ku dengan harum wangian
Cinta mu selama ini

 Engkau bina ku mahligai syahdu
Dari permata yang aku impikan
Buat diri ku berteduh kasih
Di bawah redup kasih sayang mu

Engkau bentang ku padang cinta mu
Untuk mengalas peraduan lena ku
Engkau selimut ku dengan sutera
Kasih sayang mu oh asyiknya

Hanya kasih dan belaian mu
Yang penuh syahdu sudah memadai ku
Hingga dikau membuat diri ku
Terpaut sayang pada mu...

:')



~Honeyinara~



Thursday 30 April 2015

Kamu Yang Terlalu Baik :'(

Kenapa mata aku tiba-tiba basah......:'(

Oh Tuhan... aku dah jatuh sayang pada dia.....:'(

Kenapa Mr N selalu menunjukkan kesungguhan dia kepada aku..:'(

Kasihan, dia bersusah payah untuk aku...:'(

Kenapa dia terlalu baik dengan ku...:'(

Sedangkan aku tiada apa...:'(

Apa yang dia mahu dari aku.....:'(

Aku tiada rupa... tiada harta...tiada nama... tiada kepintaran...:'(

Ramai lagi si jelita dan si pintar yang ingin meneroka hatinya...:'(

Tapi kenapa aku...? :'(

Aku terlalu berbeza berbanding dia yang punya segala...:'(


Tidak pernah kurasa perasaan yang begini
Tulus kumencintaimu
Semua kerana dirimu
Kuberubah kini
Hidup penuh dengan senyuman
Terima kasih atas segalanya yang telah kau beri
Amat kuhargai
Semua kusimpan didalam hati

Terima kasih MR N... thank you for everything...i'm touched :'(


Benar kata orang bahawa cinta itu BUTA...

~honeyinara~





Wednesday 15 April 2015

~Kiranya Kau Mendengar Ketika Ini~

Lebaran senyummu membuatku rindu 
Perasaan ku layu tanpa bicara hatimu 
Jiwaku luluh tanpa suluh cahaya matamu 
Kiranya kau dengar ketika ini

Kulalui duka dalam laung ketawa 
Kulalui duka dalam pasrah dan nestapa 
Sungguh-sungguh aku mengharapkan
Kiranya kau mendengar ketika ini

Kau tiada mendengar tika ini, aku tahu 
Pergimu bersama seruan laung-laungan suci 
Dipayungi rintik-rintik air mata 
Membasahi tanah di pusara

Kau tiada mendengar tika ini, aku tahu 
Pergimu bersama seruan laung-laungan suci 
Inilah suara nisan hati
Kiranya kau mendengar tika ini


Layan feeling jap sambil menaip tesis. =)

~honeyinara~

Tuesday 7 April 2015

Ku Juga Mencintaimu



Sukarnya untuk ku melupakan 
Sinar matamu yang menawan 
Terbayang-bayang tiap masa 
Senyuman mu menggoda

Kehangatan terasa di jiwa 
Tika kau lafaz kata cinta 
Nafas terhenti seketika 
Seakan sukar ku percaya 

Ku juga mencintai dirimu 
Mengapa sukar ku luahkan 
Bukan sengaja ku menahan 
Bibir membeku lidah terkelu

Ku juga mencintai dirimu 
Kau amat sempurna buatku 
Bukan saja aku biarkan 
Kan ku ucap jua padamu

Sukarnya untukku ucapkan 
Ku takut akan kehilangan mu 
Akan ku buat segalanya 
Untukmu kekasihku

Cuma satu yang belum terluah 
Kalimah cinta kau nantikan 
Bila masa dan ketika 
Tidak dapat ku menjawabnya 

Tiba-tiba rasa rindu kat dia. Patut la rasa tak bersemangat je. Oh! Rupanya dah hampir 2 bulan Mr N tidak aku temui.

~honeyinara~


Monday 6 April 2015

Kenangan Bersamamu Seumpama Mimpi Dalam Mimpi (^_^)

Kadang-kadang fikiranku menerawang jauh. Mengimbas kembali perjalanan aku dengan dia. Setiap kronologi terus segar dalam ingatan.

Adakala aku rasa seperti tidak percaya dengan diri sendiri.

Selalu juga aku rasa tidak yakin dek kerana kekurangan yang ada pada diri.

Rasa rendah diri usah dicerita. Memang sangat kurasakan setiap kali aku membandingkan diri aku dengan dia.

Bolehkah miss zero ini melangkah seiringan dengan mister hero?

Layakkah aku yang serba tiada ini untuk berpasangan dengannya?

Arghh! Bisikan-bisikan halus ini sentiasa berlegar dalam minda.



Tapi,

Bila aku kenang semula segala usaha dan kesungguhannya, bisikan-bisikan halus itu terus terpadam dari fikiran.

Semangat dan harapanku pulih semula.

Setiap kenangan bersamanya kurasakan bagai mimpi dalam mimpi.

Malu. Bodoh. Tapi manis.


~honeyinara~

Tuesday 10 March 2015

Hanya Bahasa Meyakinkan Hubungan Kita


Kata Mr N setahun tak lama.
Kata Mr N masa akan berlalu dengan begitu pantas.

Aku cuba untuk percaya kata Mr N bahawa penantian selama setahun itu hanya sangkar waktu yang kecil.

Masih tiada ikatan walau telah lama berpasangan,
Hanya bahasa meyakinkan hubungan kita,
Dengan suara yang syahdu,
Dapat kau lukis hatiku,
Keindahan mimpi-mimpimu,

Apakah benar cinta berbunga,
Harum didalam jambangan jiwa,
Sehingga kuasyik terlena olehnya,

Rindu berlarutan mimpi berpanjangan,
Namun belum ada kenyataan,
Mahligai masih lagi terapung diawangan,
Dalam madah seloka cinta,

Berapa lama lagi perlu aku nanti,
Rindu ini mencecah ke bumi,
Segala janji kan menjadi nyata,
Dan bertapak mahligai bahagia,

Bukan aku memaksa,
Tapi selanjur bercinta biar sampai berumahtangga.

~honeyinara~


Thursday 5 March 2015

Satu Episod Airmata



Dalam perhubungan tak sentiasa diwarnai dengan kegembiraan sahaja. Langit tak selalu cerah. Ada hari hati terasa gusar dan perasaan menjadi berkecamuk.

Aku risau kata-kata ayah tempohari mengguris hati Mr N.

Aku serba salah. Berulang kali aku memohon maaf kepada Mr N. Aku harap dia tidak mengambil pemikiran negatif terhadap kata-kata ayah.

Kekacauan di minda buat aku terfikir perkara bukan-bukan. Aku terima andai kata Mr N mahu menarik diri. Aku cuba bersedia sekiranya Mr N mahu membatalkan hasratnya terhadapku. Walaupun aku tidak akan sengsara, tapi yang pasti aku akan berduka.

Aku meminta kepastian daripada Mr N.

Dengan perasaan bercampur baur. Sedih. Berdebar. Takut kehilangan.

Dan akhirnya dia bersuara.

Katanya dia tidak akan berganjak. Dia tetap mahu memiliki aku. Dia mahu setia menunggu aku sampai aku sahih menjadi permaisuri hidupnya.

Ya Allah...! Airmata aku berjuraian jatuh ke pipi.

Betapa aku tidak menyangka sekuat itu perasaannya kepadaku. Aku tidak dapat menyembunyikan perasaan terharu. Sungguh, aku cinta dia kerana kesungguhannya.

Saat dia pula meminta kepastian dariku. Dia yang dalam kesamaran, mahu aku menariknya ke daerah cahaya.

Aku pula dihimpit rasa bersalah, kerana aku tidak beri yang terbaik untuknya.


Rasaku Kamu Ada,
Disetiap Sedih Juga Senangku,
Rasanya Kamu Sudah,
Menjadi Bintang Terang Hidupku,

Masih Kurang Rasaku,

Mencintai Hatimu,
Ingin Aku Jadi Terbaik Bagimu,

Masih Kurangkah Aku,

Menyayangi Hatimu,
Mahu Aku Mengganti Setiap Sukarmu,
Dengan Tenang.

Rasakan Kamu Ada,

Disaat Senyum Juga Tangisku,
Rasanya Kamu Sudah,
Jadi Yang Terbaik Bagi Aku.

Masih Kurang Rasaku,

Mencintai Hatimu,
Ingin Aku Jadi Terbaik Bagimu.

~honeyinara~


Hari Istimewa Aku & Dia

Perempuan akan mula berharap bila hatinya disentuh seseorang...


20 Februari 2015

Aku takkan lupa hari itu sampai bila-bila...
Hari istimewa aku dan dia...
Dia dan keluarganya datang merisik dan meminang aku..
Dan cincin itu jadi tanda ikatan janji antara aku dan dia...

~Honeyinara~


Friday 23 January 2015

Betapa Bodohnya Aku ;D


Dalam seminggu ni aku memang bodoh. Aku terpaksa memperbodohkan diri untuk suatu kepastian yang sangat penting untuk aku.

Aku terpaksa jadi bodoh dengan bertanyakan soalan itu kepada Mr N.

Bodohnya aku.

Tapi aku terpaksa!

Aku mesti tanya soalan itu sebelum keadaan jadi kacau.

Ia penting sebelum aku bulatkan tekad aku.

Ia penting sebelum aku dan dia melangkah ke fasa seterusnya.

Huhuhuhuhuhuhuhu

Bodoh pun bodohlah.

Janji aku dapat jawapan pasti.

Dia pun dah berikan aku sejuta keyakinan.

Dia jua sudah menghapuskan segala keraguan aku.

Terima kasih Mr N kerana melayankan kebodohan saya.

Sebab itu saya suka lelaki lebih tua macam Mr N.

Sebab Mr N mampu layan kerenah kebudak-budakan aku.

Sebab Mr N berjaya pujuk kesangsian aku dengan cara dia.

Cara dia meyakinkan aku.

Kematangannya memimpin hati aku.

Aku jadi gila sebentar.

Gila kerana ketawa sepanjang hari.

~honeyinara~

Wednesday 21 January 2015

Cinta: Restu Orang Tua


Kata orang, kita takkan tahu sejauh mana kuatnya cinta kita kepada seseorang sehinggalah kita bersemuka dengan kedua orang tua untuk memohon restu mereka. Kerana pada waktu itulah cinta kita diuji, seterusnya memperlihatkan setakat mana kita mampu perjuangkan cinta tersebut hingga berjaya.

Pada 19 Januari 2015, aku telah memberitahu kepada kedua orang tuaku tentang hasrat Mr N terhadapku. Ibuku tiada masalah, bahkan menyokong setiap keputusan yang aku pilih. Berbeza dengan ayah. Ayahku sedikit tegas tentang perkara ini. Dia tidak akan sewenang-wenangnya melepaskan aku ke tangan Mr N. Ayahku mahu menyiasat Mr N hingga ke akar umbi. Sehinggakan beliau mengaku sanggup turun ke kampung halaman dan tempat kerja Mr N untuk menyiasat perihal Mr N.

Aku melepaskan keluhan kecil. Ketegasan ayah menggerunkan hati aku. Kini aku sedar perjalanan aku dengan Mr N pasti tidak mudah.

~honeyinara~

Wednesday 14 January 2015

Coretan 2 Pagi Buat Mr N


Dalam perlahannya waktu beredar,
Aku semakin larut dalam arus perasaan,
Tidak dapat aku hindari rasa kasih yang kian berputik.

Masa terasa begitu lambat berlalu,

Setiap hari yang kulalui menyeksaku dalam diam.

Aku sedar cinta ini bukan mainan.


~honeyinara~


Saturday 10 January 2015

Aku Dilamar oleh Crush!



Tarikh 9 Januari 2015 pasti menjadi satu tarikh yang takkan aku lupakan seumur hidup aku.
Saat angan-angan fairytale aku selama ini bertukar menjadi realiti.

Semua gadis di dunia ini pasti pernah memiliki crush. Sebagai seorang gadis normal, aku tidak terkecuali daripada terlekat sindrom tersebut. Sepanjang hidup ini, aku pernah crush kepada MA, MH, HA dan yang terbaru MR N.

Mr N...Aku baru sahaja mengenalinya sekitar bulan 9 tahun 2014. Dia seorang lelaki bekerjaya. Menyambung pengajian secara separuh masa dan ditakdirkan sekelas denganku. Aku meminatinya kerana kredibiliti dan karisma yang ada pada dirinya. Tambahan dia hensem pada pandangan mata aku. Aku memang crush padanya, tapi sumpah perasaan tersebut hanya berlegar sewaktu dalam dewan kuliah sahaja. Keluar daripada dewan kuliah, aku melupakan dia dan segala-gala tentangnya. Aku tidak pernah terfikir untuk membuka sempadan perasaan terhadapnya kerana aku sedar siapa diri aku. Aku tidak layak untuknya.

Tapi, siapa sangka masa telah merubah segalanya. Tamat semester, aku menerima risikan khabar darinya. GILAKAN?? Dia menyuarakan hasrat hatinya kepadaku dalam sebuah lembaran panjang. Aku terkedu tanpa kata. Aku terasa seperti sedang bermimpi.

Dia mahu mengenali aku.
Dia mahu menjadikan aku sebagai isterinya.
Dia mahu berkongsi kehidupan denganku.
Dia mahu menyayangi dan menyintai aku.

Hati gadis mana yang tidak terusik? Aku gembira dan bahagia. Aku berharap moga Allah SWT memimpin hatiku dan dia ke arah kebenaran. Aku rasa dia jodoh aku.

Nanti ada masa aku menulis lagi tentang ini.

~Honeyinara~