Wednesday 21 January 2015

Cinta: Restu Orang Tua


Kata orang, kita takkan tahu sejauh mana kuatnya cinta kita kepada seseorang sehinggalah kita bersemuka dengan kedua orang tua untuk memohon restu mereka. Kerana pada waktu itulah cinta kita diuji, seterusnya memperlihatkan setakat mana kita mampu perjuangkan cinta tersebut hingga berjaya.

Pada 19 Januari 2015, aku telah memberitahu kepada kedua orang tuaku tentang hasrat Mr N terhadapku. Ibuku tiada masalah, bahkan menyokong setiap keputusan yang aku pilih. Berbeza dengan ayah. Ayahku sedikit tegas tentang perkara ini. Dia tidak akan sewenang-wenangnya melepaskan aku ke tangan Mr N. Ayahku mahu menyiasat Mr N hingga ke akar umbi. Sehinggakan beliau mengaku sanggup turun ke kampung halaman dan tempat kerja Mr N untuk menyiasat perihal Mr N.

Aku melepaskan keluhan kecil. Ketegasan ayah menggerunkan hati aku. Kini aku sedar perjalanan aku dengan Mr N pasti tidak mudah.

~honeyinara~

No comments:

Post a Comment