Monday 26 September 2016

Pregnancy test : Sabar & Positif

Dah lama aku tidak menulis di blog kesayangan ku ini.  Alhamdulillah,  hidupku berjalan seperti biasa.  Lebih bahagia dan ceria di samping suamiku yang sangat penyayang.

Jika dihitung,  usia perkahwinanku sudah menginjak ke 6 bulan lebih.  Usia yang masih baru aku kira.  Tapi sudah cukup untuk buat insan sekelilingku bertanyakan tentang zuriat.
"Dah ada isi belum? "

Itu pertanyaan yang amat sinonim di pendengaran.  Aku tak kisah.  Aku cool saja kerana kami masih category baru kahwin. Masih sedang belajar mengenali hati budi masing2, dan masih sedang belajar mengatur hidup berumahtangga dengan baik.  Aku enjoy setiap moment.

Tapi lama kelamaan hatiku terusik dengan soalan demi soalan.  Padahal sebenarnya aku dan suami bahagia dan enjoy saja menikmati hidup berdua. Aku tidak pernah kecewa setiap kali datang period,  kerana aku percaya pasti akan ada rezeki buatku nanti.

Desakan demi desakan, akhirnya aku tertekan jua dalam diam. Kini aku benar2 mahu memiliki cahaya mata.  Aku mohon pada Tuhan agar dijernihkan niatku.  Aku bukan mahu hamil kerana ingin menutup mulut orang yg bertanya,  tapi aku benar2 mahu menjadi seorang ibu,  mendidik dan membesarkan amanahku dengan kasih sayang & tanggungjawab. Menyeri dan menceriakan lagi rumahtangga kami.

Akhirnya period aku lewat.  Lewat sampai 3 minggu! Aku mula merasakan suatu kelainan. Aku amat berharap agar terima khabar gembira.  Suamiku juga sangat berharap.  Aku pinta suami belikan pregnancy test.

UPT yang tak terusik,  tak sempat digunakan.  Dpt free feminine wash
Pada hari suami bawa pulang pregnancy test,  rupa-rupanya aku didatangi period. Perasaanku bercampur baur,  tapi tidak kecewa.  Ok aku belum hamil rupanya.  Ramalanku ternyata salah.  Aku tidak mahu berperasaan negatif.  Mungkin aku masih perlu perbaiki diri sebelum Tuhan benar2 kurniakan aku dengan kehadiran zuriat.  Aku redha,  dan akan terus mengharap dan mencuba.  Aku positifkan segala2nya & buang segala tekanan.

Aku percaya rezeki untuk aku & suami pasti ada nanti.

Sunday 29 May 2016

Hentikan mmpi ini...!

Apa maknanya impian datang dan pergi, Membawa hati menyusuri kembali jalan-jalan sepi, Kau kah disitu yang menantiku atau jelmaan pintu kenangan yang bernama pengalaman. Siapakah di antara kita dengan rela menjadi pendusta? Siapakah dulu membina harapan dan siapa yang memusnahkan impian? Tanpa sebab dan alasan kau mainkan perasaan, Bagai taufan tiba-tiba datang dan menghilang. Kau bayang-bayang masa nan silam, Ada ketika terbawa-bawa oleh resah mimpi yang tak sudah.

Setiba dipersimpangan, langkah kita tak lagi sehaluan. Bermula disaat itu tidak senada irama dan lagu, begitu hidup ini tiada yang abadi, yang patah tumbuh yang hilang berganti. Kau telah jauh dariku, tiada ruang dihati buatmu. Namun harus kuakui ada ketika diminda kau menjelma kembali. Tak mungkin kerana sayang, cuma terganggu oleh perasaan. Hanya kadang-kala aku terkenang.


KENAPA???
Kenapa aku mesti berjumpa semula dengan DIA setelah aku sudah cukup berbahagia dengan teman hidupku kini. Kenapa dia mesti muncul, lalu mengganggu fikiran dan ketenanganku. Segala-galanya telah lama kubuang jauh. Tiada apa lagi yang tinggal. Aku telah memaafkan DIA dan melepaskan semua. Tuhan, hapuskanlah segala kenangan antara aku dan dia. Biarlah aku meneruskan hidup dengan kebahagiaan yang baru terbina ini.

Hanya suamiku sahaja satu-satunya lelaki dalam hidupku.
Cukup.
Aku ingin berdamai dengan masa lalu.



Wednesday 6 April 2016

Segalanya Teramat Bererti Dihatiku...



Allah...
Hingga ke hari ini aku masih lagi tidak percaya bahawa aku telah bergelar isterinya...
Hingga ke hari ini aku masih lagi tidak percaya bahawa dia telah menjadi suamiku...
Hingga ke hari ini aku masih lagi tidak percaya bahawa dia akan memimpin tanganku lalu aku melangkah seiringan dengannya...
Hingga ke hari ini aku masih lagi tidak percaya bahawa aku telah menjalani hidup bersamanya...

Allah, besarnya nikmatMU kepadaku... begitu bernilainya anugerah yang KAU berikan buatku,,,

Allah, aku sangat bersyukur atas kurniaanMU ini... tidak pernah terlintas difikiranku untuk memiliki seorang suami sesempurna dia...

MR N...yang dulu hanya bayangan, kini telah menjelma dihadapan mata sebagai seorang teman hidup..
Hatiku yang tak pernah wujud dalam hatinya akhirnya saling bertautan..
Cinta itu menjadi nyata.. mencipta sebuah realiti yang lebih indah daripada khayalan..

Dia pasangan hidupku...peneman perjalanan ini...dalam susah atau senang...hanya dia... aku hanya ada dia... 

Aku rindukannya meskipun dia ada dihadapan mata...
Aku ingin menyentuh wajahnya yang sentiasa tersenyum kepadaku...
Aku ingin membelainya agar dia dapat merasakan kasih sayangku...

Dia terlalu mencintai aku... sampai aku rasa aku tak layak dicintai sebegitu sekali..
Dia terlalu menyayangi aku... sampai aku rasa hati aku tak mampu menerimanya...
Dia terlalu menjaga aku... sampai aku rasa aku telah menyusahkannya kerana layanannya yang terlalu baik terhadapku...
Dia terlalu menghargai aku... sampai aku tidak mampu untuk membalas semula penghargaannya...
Dia sanggup berkorban demi kesenanganku... sampai aku rasa aku terlalu mementingkan diri sendiri...

Arghhh! Terlalu banyak yang boleh aku tulis setiap kebaikannya terhadapku.
Kenapa dia sanggup melakukan segala-galanya untukku? Padahal aku tidak pernah berbuat apa-apa untuknya.

Aku malu kerana tidak dapat mempersembahkan kecantikan untuknya.
Aku sedih kerana tidak dapat masak sedap-sedap untuknya.
Aku terkilan kerana aku mungkin tidak pandai mengambil hatinya.
Aku marah kepada diri sendiri kerana tidak dapat berikan yang terbaik untuknya...

Aku tahu aku tidak layak untukmu... tapi aku tidak sanggup melepaskanmu.

Suamiku, 
Hanya satu yang aku harapkan.. agar kau selalu memimpin diriku yang lemah ini, membimbing diriku yang selalu terleka, mendidik diriku yang terlalu banyak kekurangan dan menyayangiku dengan setulus hatimu.

Kau teramat bererti dihatiku... Aku tidak mampu membayangkan andai aku kehilanganmu. Semoga hubungan kita terus dirahmati ALLAH. 

Aku doakan kebahagiaanmu lebih daripada kebahagiaanku sendiri.
 I  love you so much.


Wednesday 2 March 2016

Dia Pilihanku Yang Terbaik

Semakin hari, aku semakin mengenali hati budinya. Keterbatasan ruang antara aku dan dia bukan penghalang untuk aku mengetahui warna dirinya yang sebenar. Aku tahu dia seorang yang baik. Dia terlalu baik pada aku, pada ibu bapaku, pada keluarganya, pada sahabat-sahabatnya, pada rakan-rakan sekerjanya mahupun pada orang-orang yang tidak dia kenali.

Aku sangat bertuah kerana bakal memilikinya.

Dia terus melakukan kebaikan dibelakangku, tanpa pengetahuanku, tanpa pernah memberitahu atau bercerita kepadaku. Aku mengetahui segala kebaikannya daripada orang lain yang menyampaikan.

Aku sangat terharu kerana bakal memilikinya.

Aku semakin yakin dan percaya bahawa dia adalah pilihanku yang paling tepat. Dia pilihanku yang terbaik antara semua yang pernah hadir dalam hidupku. Dia jauh lebih baik. Aku tidak harus mensia-siakannya. Aku sedar, bukan mudah untuk aku dan dia sampai ke tahap ini. Perjalanan aku dan dia terlalu jauh, unik dan mencabar.

Aku sangat beruntung kerana bakal memilikinya.

Dia terlalu sempurna dimataku. Dia punya segala-galanya. Aku amat mengaguminya. Jauh disudut hati, aku berasa tidak layak berada disisinya.Aku sering terfikir, kenapa dia sanggup merendahkan dirinya dengan memilihku sebagai isteri? Aku tidak punya kelebihan. Aku hanya seorang gadis comot yang lemah, naif, kelam kabut, tak tentu arah dan tiada keyakinan diri. Apalah istimewanya aku dimata dia? Sungguh aku tiada jawapan.

Cintanya kepadaku semudah petikan jari. Apakah aku ini cinta pandang pertamanya? Sebelum ini, aku tidak pernah percaya pada cinta pandang pertama. Bagiku ia tidak setulus mana, kerana ia cinta yang bersandarkan kepada tarikan fizikal yang mungkin dikaburi oleh pandangan mata yang menipu. Tapi mengapa dia begitu percaya pada cinta pandang pertama, sehingga hanya dengan sapaan pertama dia terus mengajakku kahwin. Itu kerja gilakan? Yang lebih memelikkan, aku bukannya cantik pun. Pura-pura ayu bak kata sahabatku.

Tapi dia pandai meyakinkan aku dengan bahasanya yang indah, dengan gaya tubuhnya yang terlalu obvious. Apabila ada peluang, dia suka curi-curi pandang aku. Dia sangat serius membuktikan kesungguhannya. Dia sangat berusaha mengambil hati orang tuaku. Dia selalu bagi aku hadiah. Dia menghormati dan menyanjungi aku yang tak seberapa ni. Dia mendidik aku tanpa mendominasi. Dia ingin tahu tentang peribadi, keinginan, impian dan cita-citaku. Dia berkongsi tentang impian dan perancangan hidupnya. Dia rajin membantu aku dalam segala hal pun. Dia selalu memuji aku yang tak seberapa ni. Dia sentiada menghormati dan bersetuju dengan pendapat aku. Dia berbicara tentang masa hadapan dengan ku. Dia memperkenalkan aku kepada insan-insan sekelilingnya. Dia mencari masa untuk bersamaku. Dia suka tulis kata-kata romantis. Dia pandai buat aku 'melting' tanpa aku merasa rimas.

Pada aku, dia seorang lelaki yang 'desperate dalam tenang.' Bahkan dia tidak malu untuk menunjukkan betapa desperatenya dia.

Cinta membuatkan manusia sedikit gila.Dia sanggup melakukan perkara gila atau memalukan dirinya semata-mata mahukan perhatian dariku. Dari sini aku nampak sisi childish dia disebalik dirinya, seorang lelaki maskulin yang hebat. Dia tidak malu menunjukkan sisi ketidakmatangan dan sifat keanak-anakannya. Ini yang selalu jadi bahan ejekan kakak aku ;) Itulah sweetnya tentang dia.



Walau bagaimanapun, segala keraguan itu terhapus bila aku kembali kepada hakikat hidup sebagai seorang hamba di dunia. Cinta itu harus dibina atas dasar cinta kepada Allah. Itulah yang menjadi kepercayaannya, dan aku juga harus menyematkan kepercayaan itu, bahawa dia memilihku sebagai bidadari hidupnya kerana dia mendahului cinta kepada Allah SWT.

Aku malu dengan kekuranganku.
Aku terharu apabila dia begitu yakin bahawa aku akan menjadi isteri yang solehah untuknya.
Aku berjanji akan menjadi yang terbaik untuknya.


~honeyinara~


Monday 15 February 2016

Menghitung Hari

Dah lama aku tak update blog a.k.a diari maya aku ni. Terlalu banyak perkara yang berlaku yang tidak sempat aku curahkan disini. Mungkin masa terlalu mencemburui aku. Ya, masa bergerak sangat pantas. Diam tak diam hampir sebulan lebih sahaja lagi masa yang aku ada sebagai seorang single girl. Bulan hadapan aku akan menjadi married woman. Warghh!

Jika aku rangkumkan segala yang aku lewati dalam bentuk kata yang ringkas, aku telah melalui setiap hari yang indah dalam hidup. Meskipun masih banyak kekurangan, tapi aku mampu mengharunginya dengan berhati-hati. Aku hanya besederhana. Tiada apa yang lebih, tiada apa yang kurang. Yang pasti, kini aku sedang belajar untuk menerima realiti. Belajar untuk menyedari bahawa aku bakal menjadi seorang isteri, seorang menantu, seorang kakak ipar, seorang cucu dan segala-galanya. Aku tidak mahu terkejut di hari pernikahan nanti. Apatah lagi untuk mengalirkan air mata keharuan. Aku sudah lama terharu. Jadi aku tidak mahu sebarang airmata pun tumpah dihari pernikahan nanti. Aku mahu segala-galanya berjalan tenang dan tenteram. Ini semua adalah soal persediaan mental.



Sepanjang perjalanan hingga ke hari ini, ada suatu perkara yang amat mendukacitakan aku, namun aku enggan mengenangnya lagi. Cukuplah ia sekadar menjadi ingatan agar aku lebih berhati-hati pada masa hadapan dan lebih menghargai sesuatu pemberian daripada insan yang istimewa. Tanggal 18/12/2015 aku kehilangan cincin risik a.k.a cincin pertunanganku. T_T... Aku yang terlalu cuai. Maafkan aku Mr.N.

Sungguh, aku masih punya banyak kelemahan. Aku masih tidak mahir memasak. Tapi aku sangat minat memasak dan berjanji pada diri akan memperbaiki my cooking skills. Bab mengemas, membasuh, insya Allah aku dah mahir. Mungkin aku juga patut perbaiki communication skills. Belajar untuk lebih natural dan berani. Kurangkan rasa malu. Aku kena banggakan Mr N sebagaimana dia buat aku berbangga di hadapan keluargaku. I must give the same. Kata orang, bila kita nak masuk dengan keluarga pasangan, kita kena bersikap natural saja. Jangan berlakon. Jangan berpura-pura. Jadilah diri sendiri dan mereka akan terima kita seadanya.

Aku harap Mr N akan bersabar dengan kekuranganku. Aku janji akan perbaiki. Aku mahu dia terus menyokong dan berdiri dibelakangku, kerana hanya dia tempat bergantungku nanti.

Semoga Allah SWT permudahkan perjalananku!


~Honey inara~