Sunday 29 May 2016

Hentikan mmpi ini...!

Apa maknanya impian datang dan pergi, Membawa hati menyusuri kembali jalan-jalan sepi, Kau kah disitu yang menantiku atau jelmaan pintu kenangan yang bernama pengalaman. Siapakah di antara kita dengan rela menjadi pendusta? Siapakah dulu membina harapan dan siapa yang memusnahkan impian? Tanpa sebab dan alasan kau mainkan perasaan, Bagai taufan tiba-tiba datang dan menghilang. Kau bayang-bayang masa nan silam, Ada ketika terbawa-bawa oleh resah mimpi yang tak sudah.

Setiba dipersimpangan, langkah kita tak lagi sehaluan. Bermula disaat itu tidak senada irama dan lagu, begitu hidup ini tiada yang abadi, yang patah tumbuh yang hilang berganti. Kau telah jauh dariku, tiada ruang dihati buatmu. Namun harus kuakui ada ketika diminda kau menjelma kembali. Tak mungkin kerana sayang, cuma terganggu oleh perasaan. Hanya kadang-kala aku terkenang.


KENAPA???
Kenapa aku mesti berjumpa semula dengan DIA setelah aku sudah cukup berbahagia dengan teman hidupku kini. Kenapa dia mesti muncul, lalu mengganggu fikiran dan ketenanganku. Segala-galanya telah lama kubuang jauh. Tiada apa lagi yang tinggal. Aku telah memaafkan DIA dan melepaskan semua. Tuhan, hapuskanlah segala kenangan antara aku dan dia. Biarlah aku meneruskan hidup dengan kebahagiaan yang baru terbina ini.

Hanya suamiku sahaja satu-satunya lelaki dalam hidupku.
Cukup.
Aku ingin berdamai dengan masa lalu.