Saturday 27 December 2014

Lapangkan Hatiku Tuhan...



Hujung semester kali ini tidak seperti selalu.

Tidak serupa seperti semester yang sudah.

Tekanan kerja itu biasa kualami.

Tapi kali ini tekanannya bukan biasa-biasa.

Aku keseorangan.

Aku tiada tempat mencurah keluhan.

Aku begitu kesempitan.

Dugaan menghimpit silih berganti.

Mainan perasaan hadir tanpa kuundang.

Krisis cinta? Krisis persahabatan?

Semua bergaul sebati.

Gelojak rasa meracuni jiwa.

Semua terpaksa kutanggung sendiri.

Ya Tuhan...

Lapangkanlah hatiku.

Berikan aku ketenangan.

Tunjukkan aku jalan keluar.

Matikan keresahan ini.

Pimpinlah aku ke pintu kedamaian.

Hadiahkan aku suatu khabar gembira.

Aku menanti hikmah dariMU.

Dari itu kau berilah aku kekuatan.

Aku perlu ketabahan.

Aku mahu mengakhiri segalanya dengan kecekalan.

Kerana aku tahu dihujungnya pasti ada kemanisan.


~Honeyinara~



Tugu Cinta...

Sambungan... ^_^ melayan playlist 80an... aku perasan lagu ni selalu keluar kat radio.. tapi tak tahu pula aku siapa penyanyinya... lirik lagu dulu-dulu memang terbaik.. mengusik sanubari dengan bahasa metafora tahap tinggi.


Ku pinjam sebuah ilusi dari lautan sepi
Senja indah kian temaram
Sembunyi di balik kegelapan

Ku ukirkan sebuah nama
Bersama jemari gementar
Ingin hati mengabdikan sebuah tugu cinta

Titisan airmata pilunya hati ini
Deburan ombak memecah membahana
Musnahlah sebuah citra cinta berganti derita

Kulangkahkan kaki yang guntai
Menyusur buih yang menghilang
Dalam diam hati pun bertanya
Bilakah ombak kan reda......


Mengapa Sepi Tanpa Berita..

Sambil buat assignment terakhir, sambil melayan playlist lagu top 80an kat youtube... memang terbaekkk... (tak siap kerja aku T_T)


Sejak kepergian mu
Fikiran ku sering terganggu
Perasaan makin rindu pada mu

Saban malam ku terkenang
Saban hari terbayang
Setiap saat ku menunggu

Hati ku tertanya-tanya
Apa khabar kau di sana
Mengapa sepi tanpa berita

Kirimkanlah berita mu
Walau sebaris ayat
Buat penawar rindu ku

Masihkah kau ingat diri ku di sini
Seorang insan yang pernah kau sayangi

Bagi diri ku tak mungkin melupakan mu
Kerana ku masih menyintai mu

Masihkah kau ingat
Suatu masa dahulu
Betapa indahnya percintaan kita

Lupakah engkau pada peristiwa itu
Kini kau berubah hati.....


Hati Terluka..

Mood baik je..:) 
saje nak share lirik lagu ni...lame tak dengar kan? 



Waktu kita bersama
indahnya dialami

waktu kita berdua
janji² bersemi

apa pun rintangan
dapat kita harungi

apa pun persoalan
dapat kita jalani

namun semuanya
berubah sekelip mata

hati terluka
bila ku sedar
kau khianati cinta

jiwa meronta bila ternyata
kau menduakan cinta

sungguhku tak menyangka begini diakhirnya
kau tinggalkanku hampir terluka

Ku gamitkan kembali
waktu kau lafaz cinta

sambilku sarung cincin sebagai tanda setia
menggamitkan kembali waktu kau kesedihan
ku kesat air mata yang jatuh berlinangan

namun semuanya berubah dalam sekelip mata
Ku terima semuanya dengan tabah
mengharapkan ada hikmah


Wednesday 17 December 2014

Pasangan kita cerminan kita


Kenapa mata aku tiba-tiba bergenang kebasahan?

Dia terlalu sempurna... Dia Soleh...

Sedangkan aku?

Aku semakin jauh...

Aku tidak setanding...

Ya Allah... Aku rindukan solehah...

Aku mahu jadi solehah...

Jangan palingkan aku daripada kebenaran...


~HaniInara~
Dedicated to F...



Friday 5 December 2014

Sakit Pulak Hati Kita!



Siapa suruh cari penyakit??? Kan dah sakit... 

Ermmm...salah ke stalk facebook awek crush kite??

What??? Awek crush?? Crush ko tu dah ade awek kot! Buat apa nak kacau hak orang.

Hak orang? Hello, bukan dorang dah laki bini pun. Setakat couple. Syarak tak iktiraf pun couple2 ni. (Ayat nak menang aje ^_^)

Memang la. Tapi ko tahu dorang dah bertahun menyulam kasih sayang. Dah plan nak bina hidup bersama lagi 2 tahun akan datang. Ko dah tau kan fakta tu?? So buat apa lagi ko terhegeh-hegeh mengimpikan dia???!!!

Ermmm...sebab aku bodoh. Susah sangat nak lupa. First love dari zaman sekolah kekdahnya... kalau kira dah 7 tahun..mak aihhh lamanya aku mantain perasaan ni! takpelah.. nasib aku memang macam ni kut...




Tapi kenapa aku dengan dia tak pernah terpisah? Sejak zaman sekolah, bawak ke zaman degree, even sampai ke zaman master. Kau ada je depan mata. Perjalanan hidup kita asyik sama je. Macam mana aku nak lupakan kau kalau tiap pagi asyik nampak kau?!

kpd M.A, tolong la kawin cepat-cepat dengan pasangan awak. Tolong la cepat-cepat blah dari hidup aku. Aku dah bosan jadi pengagum rahasia.


Saturday 8 November 2014

Lama Tak Buat Entry...

Last entry aku post adalah pada bulan 4...perghh lama giler..
Lantaran kesibukan aku terpaksa mengabaikan sementara blog kesayangan aku ini.. Walaupun blog ini sepi tanpa pengunjung, tapi aku memang sayang dengan blog ni kerana di medan inilah aku dapat melakarkan contengan perasaan aku yang berwarna warni dalam hati... blog ini umpama diari rahsia bagi aku...


Mungkin kerana tiada siapa yang sedang menarik hati aku sekarang, aku jadi tidak melayan perasaan seperti selalu... kesibukan membuatkan aku hilang jiwa.... ia masih ada cuma termendap seketika...

Nanti bila-bila hatiku terusik, aku akan kembali ke sini...thanks my lovely blog!

Friday 4 April 2014

Hatiku Kau Guris Luka


Sedih rasa tak terperi bila ku ketahui.

Andai kasih yang kau beri tak sepenuh hati.

Dalam manis kata mesra aku terpedaya.

Engkau ada teman lain lebih istimewa.


Mengapakah mendustai diri ini.

Hatiku kau guris luka.

Kau siakan harapanku.

Kau biarkan ku kecewa.

Mengapa hatimu kejam.

Tiada bertimbang rasa.



Meski engkau telah pergi bersama si dia.

Namun aku takkan lupa kisah suka duka.

Waktu kita sedang bahgia dalam alam cinta.

Kan ku kenang sampai masa ku menutup mata.


Jangan lagi kau bertanya.

Jangan pula kau menyesal.

Hatiku kau guris luka.



Biar aku sendirian.

Menempuhi masa/hari depan.

Semoga cahaya hidup.

Bersinar di hujung jalan.



~HaniInara~




Friday 28 March 2014

Selamat Ulang Tahun Sayang


Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa


Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita-cita mu
Harap nanti kita kan bertemu


Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

selamat ulang tahun bithday boy....9 April 1985


~HaniInara~
"Sumpah lagu ni sedih gila..sedih tak tahu nak cakap~



Saturday 1 March 2014

Memendam Perasaan Cinta

Sesiapa sahaja yang menyimpan perasaan cinta dalam diam harus berani bertanggungjawab terhadap hatinya andai ia sakit nanti. Itulah risiko yang harus dihadapi jika memilih jalan ini.


Cinta terpendam? Dia tidak tahu perasaan kita. Kita terpuruk dengan perasaan sendiri. Tiada keberanian untuk menunjukkan perasaan itu.


Kita cemburu walaupun tidak berhak. Hanya menjadi pengagum rahsia.

Sangat perih apabila dia akhirnya memilih orang lain yang lebih menarik perhatiannya. Kalau mereka sudah saling jatuh cinta, kita jua akhirnya patah hati. Menggoreskan luka yang teramat dalam.

Lebih sengsara melihat dia bersama wanita lain dibandingkan dengan putus cinta atau cinta ditolak!

Adakah kita harus terus memendam cinta sendirian? Atau berusaha menarik perhatiannya untuk mendapatkan cintanya?

Duhai sang pencinta rahsia, jangan mengharapkan balasan cintanya. Berusaha dan berdoalah agar cintamu berkembang di hatinya. Tetapi jika ia tidak berlaku, maka berbahagialah kerana cinta itu pernah tumbuh dan menyuntik sedikit rasa bahagia dalam hatimu.



Saat aku memandangmu, suaraku tak mampu keluar dengan indahnya.

Saat hati ini ingin memiliki mu, kau pula hilang dari pandanganku.

Ternyata kau tak mengerti. Aku tahu kau takkan memilih aku.


Bagimu, mungkin aku tak berharga.

Bagimu, mungkin aku tak sempurna.

Namun bagiku kau adalah segala-galanya.


Sukar sekali melupakanmu.

Semakin aku paksa,semakin pula aku cinta.

Semakin aku cinta, semakin sengsara penghujungnya.


Tolong lepaskan aku sayang. Lepaskan aku dari belenggu ini.

Hatiku sudah tidak kuat lagi untuk menahan rasa cintaku padamu.


Izinkan aku melupakanmu. 

Kerana kau tak pernah tahu kesakitanku.

Kau tak pernah sedar kesedihanku.

Yang membencimu dengan cintaku.

Aku mencintaimu.



Bukan! Itu bohong!



Yang sebenarnya, aku sangat mencintaimu.

~HaniInara~


Wednesday 19 February 2014

Cara-cara Sambung Master


Entri khas untuk kawan-kawan aku yang banyak bertanya pasal ni.

Satu perkara yang aku rancang sejak dahulu, sejak dibangku persekolahan lagi ------> Buat Master. Dulu ketika masih bergelar pelajar sekolah, setiap kali aku ditanya apakah cita-citaku, aku mesti buntu untuk menjawabnya. Aku hanya memberi jawapan "tak tahu lagi, sebab nak sambung master." Hanya itu jawapan yang aku mampu bagi.

Kenapa perkataan 'Master' itu begitu sebati dalam jiwaku sejak di bangku persekolahan lagi? Semuanya kerana ayahku. Ayahku tidak berpendidikan tinggi,berasal dari kampung yang jauh di pedalaman, hanya bekerja biasa-biasa. Namun beliau cukup berpandangan jauh. Sejak kecil lagi aku ditanam semangat oleh ayah supaya belajar sekurang-kurangnya sampai ke peringkat Master. Mungkin waktu itu aku masih tidak begitu faham, namun aku tetap akur dan menganggap kehendak ayah sebagai tanggungjawab aku sebagai anaknya.

Ramai yang ragu-ragu, sama ada nak sambung master atau terus bekerja. Okey, tanya diri anda. Apa yang anda mahu dalam hidup. Apa yang sedang bergelojak di jiwa anda sekarang. Apa passion anda. Macam aku, semangat mahu sambung master itu telah berkobar-kobar sejak dahulu lagi hasil suntikan semangat dari ayah. Oleh kerana itu aku tidak fikir panjang lagi melainkan terus memilih jalan ini.


Selesai degree, aku hanya lepak di rumah selama 6 bulan lamanya! Sepanjang tempoh itu juga ayah tak putus-putus bertanya bila aku mahu sambung master. Aku sebenarnya keliru untuk memilih bidang pengajian yang aku mahu ambil. Sama ada mahu meneruskan bidang yang sama seperti degree ataupun tukar bidang. Oh ya, ramai juga yang tukar bidang, degree tidak sama dengan master. Bagus untuk kepuasan diri namun ade kekurangannya juga.

Aku mahu memilih universiti lain sebenarnya. Universiti yang tidak sama dengan degree dahulu. Aku mahu mencari pengalaman baru dan merasa suasana di tempat lain pula. Lebih bagus begitu sebenarnya. Namun, dek kerana asyik bertangguh memohon, akhirnya tanpa sedar semua universiti telah menutup permohonan untuk sesi awal 2014, kecuali universiti semasa degree aku dulu. So,aku tiada pilihan lain memandangkan ayah sudah mendesak supaya aku segera menyambung pengajian. Akhirnya aku kembali semula ke UKM.

UKM paling mudah memohon, kerana 100% online dan tidak perlu print permohonan dan pos semula kepada pihak universiti seperti kebanyakan U lain. Sesiapa yang berminat boleh apply di SINI

Ada kawan ajak sambung master di UK....impian aku! Tapi akhirnya aku tak jadi. Aku tak cukup keazaman. Iskkk.. 

CARA MOHON MASTER

Sebelum memohon, pastikan anda tahu jenis/mod pengajian yang anda mahu, sama ada coursework, research atau mixed mod (coursework+research). Macam aku, aku selesa memilih coursework kerana aku suka ke kelas, suka belajar, menghadiri kuliah dan berjumpa lecturer. Atau senang cakap aku lebih suka berguru. Aku rindukan suasana belajar seperti semasa degree dahulu. Aku belum puas merasa saat itu.

Untuk yang mahu buat research, pastikan anda sudah ada tajuk penyelidikan dan proposal. Kemudian, anda boleh terus memilih penyelia yang dikehendaki. Biasanya pelajar research juga perlu menghadiri kuliah, namun hanya perlu mengambil subjek teras sahaja. Selebihnya mereka akan membuat penyelidikan sepenuhnya.

Mixed mod adalah gabungan kedua-dua mod di atas.

Anda kena rajin buka laman web postgraduate U yang anda mahu. Pastikan anda peka dengan tarikh tutup permohonan. Jangan asyik bertangguh dan terlambat macam aku.

DAH DAPAT TAWARAN

Alhamdulillah, jika sudah dapat tawaran daripada pihak U, korang boleh lah print apa yang patut macam surat tawaran, perjanjian kerahsiaan, aku janji karya akademik dan sebagainya. Lepas itu, bolehlah buat medical check-up dan Xray. Itu sahaja. Bawak semua dokumen, daftar, dan anda selamat bergelar pelajar siswazah!

Dalam minggu pertama setelah bergelar pelajar siswazah itu juga, anda yang nak memohon biasiswa Mybrain bolehlah memulakan langkah. Boleh tengok detail pasal Mybrain di SINI. Aku sekarang sedang berkira-kira hendak memohon pinjaman pendidikan MARA juga. Yang nak mohon tu boleh klik SINI

Harap entri ini dapat membantu adik-adik yang berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat master /Ijazah Sarjana. Takpelah sambung dalam negara je pun. Yang penting ikhlas mencari ilmu okey adik2. Heeeeeeeeeee...

~Honey Inara~


Tuesday 11 February 2014

Bila Ujian Datang Bertimpa-timpa

Hari ini merupakan hari yang agak muram buat aku...ya! ujian berat menimpaku dalam hari yang sama, membuatkan hidupku terasa begitu sempit...Aku juga tidak berapa sihat (demam, batuk, selesema) sejak beberapa hari. Mungkin biasa bagi orang lain, tapi berat bagi aku yang begini. Sudah lama aku tidak berhadapan dengan ujian sebegini. Kali terakhir aku mengalami ujian kesempitan semacam ini pun sewaktu aku praktikal dahulu. Kira-kira setahun lebih yang lalu.

Dari setahun lebih yang lalu hingga ke hari ini, baru hari ini sahaja aku diuji lagi dengan bentuk ujian yang serupa. Bermakna panjang jua jarak masa Allah SWT memberikan aku kelapangan dan pelbagai nikmat kesenangan. Tidakkah aku harus bersyukur kerana sudah banyak nikmat dan rahmat yang DIA kurniakan kepadaku. Sama ada aku sedar atau tidak sahaja. Ya Allah, jadikanlah aku seorang hambaMU yang bersyukur...yang tidak pernah melupakanMU dalam senangku.



Okey, berbalik kepada ujian bertimpa-timpa yang aku sebutkan sebelum ini, biarlah blog peribadi ini menjadi tempat untuk aku meluahkan perasaanku terhadap apa yang telah berlaku ke atasku pada hari ini.

Yang pertama, aku mendapat perkhabaran tentang si dia. Si dia yang aku letakkan dalam hati dan perasaanku sejak sekian lama. Aku belajar untuk merelakan kerana aku tahu si dia akan pergi jua suatu hari nanti.

Yang kedua, permohonan aku untuk menyewa bilik ditolak oleh pihak kolej. Ke mana aku nak tuju selepas mendaftar pengajianku nanti? Ke mana aku nak duduk dan dimana aku hendak menginap? Keluargaku jauh dan aku tiada saudara mara disini. Aku risau namun aku percaya pasti ada jalan.

Yang ketiga, permohonan biasiswa aku ditolak. Aku agak kecewa kerana aku sangat berharapkan biasiswa ini. Agak susah jugak aku hendak memohon biasiswa ini, namun akhirnya aku mendapat jawapan yang menghampakan. Aku redha ya Allah..Mungkin ada insan lain yang lebih layak mendapat biasiswa itu berbanding aku.


OKEY! Ini semua soal rezeki. Allah menurunkan rezeki kepada sesiapa sahaja yang DIA mahu, dalam apa jua bentuk, meskipun dalam keadaaan yang kita tidak sangka-sangka. Aku bersedih sepanjang pagi. Namun aku masih bersabar, kerana aku percaya rahmat Allah itu luas. Aku redha dan pasrah andai ujian hari ini menjadi penebus kepada nikmat yang bakal KAU kurniakan buatku pada masa hadapan.

Dan petang ini...aku mendapat perkhabaran yang sedikit menyembuhkan kesedihanku pagi tadi.
Untung aku masih ada sahabat yang sudi membantu. Ekoran permohonan sewa bilik aku ditolak, aku mencari ikhtiar lain dan alhamdulillah aku dipelawa tinggal di rumah sahabatku itu buat sementara.

Tak sempat aku menunggu lebih lama, aku menerima panggilan daripada nombor pejabat. Aku ragu-ragu namun perasaanku tenang. Alhamdulillah ya Allah! Aku menerima panggilan daripada kolej lama aku, yang menyatakan bahawa permohonanku yang lama dahulu aku buat diterima! Sungguh aku tidak berharap tinggi bahawa permohonan itu diterima kerana aku tahu saingannya sengit. Namun siapa mampu menghalang ketetapan Allah? Akhirnya rezeki itu jadi milikku.

Tiba-tiba hari ini menjadi hari yang cukup mendamaikan buat diriku. Walaupun aku masih risau soal biasiswa, belanja yuran pengajian, penginapan dan sara diri, tetapi aku percaya pasti akan ada jalannya. Rezeki itu pasti ada. Cuma lambat atau cepat saja. Yang penting aku perlu terus bersabar.

Hari ini aku belajar erti kekecewaan, hari ini jua aku belajar erti kesenangan. Dalam sekelip mata, Allah melapangkan jalanku yang sempit tadi. Sungguh Allah itu Maha Kaya, Maha Kuasa mengubah setiap sesuatu, Maha Memberi Rezeki dan Maha Melimpahkan Rahmat. Aku makin mengerti bahawa ujian itu adalah tarbiyah yang paling mahal dari Allah SWT.



Danau hati ~ Honey Inara



Wednesday 1 January 2014

BismillahirRahmanirRahim 2014....

Alhamdulillah..hari ini dah masuk tahun baru..tahun 2014..entah kenapa tahun ni aku rasa macam berkobar-kobar sangat semangat untuk menetapkan azam baru dan mencapainya...padahal sebelum ini tak pernah rasa pun nak ber'azam-azam' setiap kali masuk tahun baru...takpelah, bende positif ape salahnya kan...

Azam aku INARA untuk tahun 2014:

1-Nak keluar daripada negeri aku
2-Nak sambung master yang dah lama tertangguh
3-Nak bina imej baru
4-Nak banyak berjalan kenal tempat orang

semoga tercapai lah hendaknya....amennn..mudah-mudahan dengan izin ALLAH..