Sunday 16 August 2015

Hari Ini Kau Datang Riang

What a surprise!
Mr N boleh pulak call ayah aku, cakap nak datang rumah petang ni.
Omaiii...dah la aku tengah melingkor atas katil masa tu. Penat tak hilang lagi kot. Aku baru sampai rumah pagi tu selepas travel 8 jam. Boleh pulak dia nak datang. Dengan keadaan aku yang demam, selesema dan batuk lagi. Sobsss

Tapi aku appreciate sebenarnya.
Dia janji nak datang hujung syawal, dan dia memang datang.
Cuma aku tak sangka secepat ini.

Smile...smile..smile...
Itu jela kerja aku sepanjang dia datang tu.
Bak kata akak aku, ni dia baru datang berjalan, aku dah macam meroyan. :D

Terima kasih MR N sebab sanggup datang jauh-jauh dari KL ke kampung saya. Bawak lemang dengan rendang lagi. (Tak sempat pula aku nak makan lemang. Sempat makan rendang je. T_T)

Terima kasih sebab selalu buat saya terharu. Terima kasih sebab berusaha keras mengambil hati orang tua saya. Terima kasih sebab sentiasa buktikan kepada family saya yang awak benar-benar serius dengan saya.

Semoga segala urusan awak dipermudahkan.
Semoga awak mendapat ketenangan setiap hari dalam hidup awak.
Semoga awak sentiasa selamat dan dilindungi oleh ALLAH.
Saya tak mampu nak bagi awak hadiah mahal. Saya cuma mampu doakan awak setiap hari.


"Hari ini kau datang riang,
Tersenyum buat kusenang,
Kau hias dirimu,
Membuat hati bertambah sayang.."

:)

~honeyinara~


Alhamdulillah...Selesai Pengajian Master!

Alhamdulillah...syukur ya Allah..
Hari jumaat penuh barakah yang lepas, aku telah menyelesaikan segala tanggungjawabku sebagai seorang pelajar sarjana. Aku telah menghantar tesisku yang telah dijilid kepada pejabat dekan dan supervisor. Tuhan saja yang tahu betapa lapangnya dadaku terasa waktu itu. :)

Selesai sudah pengajian master aku selama 3 semester, kira-kira setahun 7 bulan. Satu tempoh yang sangat sekejap, tapi telah meninggalkan jutaan kenangan buat aku. Ada pahit dan ada manis. Yang pasti sangat banyak manisnya.:) :)

Sepanjang perjalanan master ini, aku telah mengalami 3 perkara yang sangat bernilai. Aku anggap ianya satu anugerah istimewa dalam hidup aku.

Yang pertama, aku ditemukan dengan sahabat-sahabat yang sangat memahami, sangat baik hati, sentiasa menghiburkan dan selalu ada ketika susah dan senang. Semasa degree dahulu aku tidak ada ramai kawan yang sehati sejiwa dengan aku. Tapi aku temui ramai sahabat yang sehati dan sejiwa semasa di peringkat master. Syukur alhamdulillah! Sahabat-sahabatku ini banyak memberi erti dalam hidup aku. Tanpa mereka tentu aku tidak sekuat dan sebahagia sekarang.

Yang kedua, aku bertemu jodoh. Memang cliche berjumpa jodoh di tempat belajar, tapi aku tetap kenang ia sebagai suatu momen yang sangat indah dan bermakna dalam hidup aku. Insan yang selama ini aku crush dalam dewan kuliah akhirnya bakal jadi suami aku. Saat aku dalam keperitan, dia hadir tanpa aku undang. Benarlah setiap ujian yang dilalui itu pasti ada hikmahnya.

Yang ketiga, aku dapat rasa pahit manis pengalaman belajar suatu bidang baru yang aku langsung tiada basic. Berani sangat nak tukar bidang kan! Memang perit dan getir. Tuhan saja yang tahu betapa payahnya aku nak menghabiskan pengajian ini dengan subjek yang sangat susah bagi aku. Aku sedar bidang ini bukan untuk aku. Walaupun aku tak dapat menguasai semua, sekurang-kurangnya aku dapat ilmu baru yang mungkin berguna untuk aku di alam kerjaya nanti. Aku berterima kasih kepada semua pensyarah yang pernah mengajar aku, walaupun result aku tak berapa cantik untuk master kali ini.

Lepas ini aku nak fokus ke arah membina kerjaya pula. Bukannya aku dah tak minat nak sambung belajar. I love academic dan kalau boleh nak kerja dalam line academic. Aku nak juga ada karier sendiri macam orang lain.

Ramai kawan-kawan tanya kenapa aku tak sambung phd terus. Jawapan yang selalu aku bagi ialah macam yang aku cakap kat atas. Nak bina kerjaya. Tapi itu cuma jawapan di mulut. Jawapan dihati ialah sebab aku nak KAWEN sebenarnya. Aku nak fokus kat rumahtangga dulu. Hiiiiiiiii
Biarlah suami aku je yang sambung phd nanti. :)

Aku nak cari kehidupan yang lebih baik dan bahagia selepas ini. Mudah-mudahan tercapai. Ameenn..:)



~honeyinara~




Saturday 8 August 2015

Kenapa Baru Sekarang Kita Dipertemukan..


Kali terakhir aku temui dia ialah pada 2013.
Dia abang A.
Bekas crush aku dulu.
Senior aku di sekolah dan di universiti.
Lama juga aku crush dengan dia.
5 tahun juga dia berlegar-legar dalam hati aku.
Sedikit sebanyak dia telah meninggalkan kesan dalam hidup aku.


Hari ini, 7/8/2015.
Setelah sekian lama terpisah, akhirnya aku bertemu semula dengan dia.
Tak dirancang pun.
Terserempak di kedai makan.

Dia pandang aku.
Aku pandang dia.
Dia alih pandangan
Aku hanya tersenyum.

Puas aku perhatikan dia.
Bagai melepaskan seluruh rindu yang tersimpan selama ini.
Bukan rindu yang membara pun.
Rindu yang telah pudar.
Kasih aku pada dia pun telah beransur luput.

Dalam pertemuan itu, aku tertanya.
Kenapa baru sekarang aku dan dia dipertemukan?
Setelah dia sudah memiliki.
Dan setelah aku jua telah dimiliki.

Kenapa tidak dahulu?
Kenapa tidak semasa dia tiada siapa-siapa.
Dan semasa aku juga tiada siapa-siapa

Benarlah, jodoh dan pertemuan itu rahsia Allah.

Bila aku fikir dalam-dalam, panjang-panjang.
Kalaulah aku dan dia dipertemukan saat masing-masing masih kekosongan,
Adakah aku dan dia akan berjodohan?

Tapi, kalaulah aku dan dia dipertemukan saat dia sudah memiliki dan aku pula masih kekosongan,
Pasti hujan hati aku malam ini!
Tak dapat aku bayangkan betapa pedihnya hati,
Kerana aku tahu dia sedang bahagia bersama kesayangannya.
Kesayangannya yang cantik persis Adira.
Setakat aku ini, dia tak pandang pun.

Sesungguhnya aturan Tuhan itulah yang terbaik.
Aku sempat buka lembaran baru sebelum dia dimiliki orang.
Sekurang-kurangnya aku tidak kecewa.

Segalanya telah tertulis.
Aku kini bahagia dengan Mr N.
Dia juga sedang bahagia dengan isterinya yang persis Adira.

Apapun, adakala kenangan lama tetap datang mengusik.
Hanya kadangkala aku terkenang.




















~honeyinara