Saturday 8 August 2015

Kenapa Baru Sekarang Kita Dipertemukan..


Kali terakhir aku temui dia ialah pada 2013.
Dia abang A.
Bekas crush aku dulu.
Senior aku di sekolah dan di universiti.
Lama juga aku crush dengan dia.
5 tahun juga dia berlegar-legar dalam hati aku.
Sedikit sebanyak dia telah meninggalkan kesan dalam hidup aku.


Hari ini, 7/8/2015.
Setelah sekian lama terpisah, akhirnya aku bertemu semula dengan dia.
Tak dirancang pun.
Terserempak di kedai makan.

Dia pandang aku.
Aku pandang dia.
Dia alih pandangan
Aku hanya tersenyum.

Puas aku perhatikan dia.
Bagai melepaskan seluruh rindu yang tersimpan selama ini.
Bukan rindu yang membara pun.
Rindu yang telah pudar.
Kasih aku pada dia pun telah beransur luput.

Dalam pertemuan itu, aku tertanya.
Kenapa baru sekarang aku dan dia dipertemukan?
Setelah dia sudah memiliki.
Dan setelah aku jua telah dimiliki.

Kenapa tidak dahulu?
Kenapa tidak semasa dia tiada siapa-siapa.
Dan semasa aku juga tiada siapa-siapa

Benarlah, jodoh dan pertemuan itu rahsia Allah.

Bila aku fikir dalam-dalam, panjang-panjang.
Kalaulah aku dan dia dipertemukan saat masing-masing masih kekosongan,
Adakah aku dan dia akan berjodohan?

Tapi, kalaulah aku dan dia dipertemukan saat dia sudah memiliki dan aku pula masih kekosongan,
Pasti hujan hati aku malam ini!
Tak dapat aku bayangkan betapa pedihnya hati,
Kerana aku tahu dia sedang bahagia bersama kesayangannya.
Kesayangannya yang cantik persis Adira.
Setakat aku ini, dia tak pandang pun.

Sesungguhnya aturan Tuhan itulah yang terbaik.
Aku sempat buka lembaran baru sebelum dia dimiliki orang.
Sekurang-kurangnya aku tidak kecewa.

Segalanya telah tertulis.
Aku kini bahagia dengan Mr N.
Dia juga sedang bahagia dengan isterinya yang persis Adira.

Apapun, adakala kenangan lama tetap datang mengusik.
Hanya kadangkala aku terkenang.




















~honeyinara

No comments:

Post a Comment