Friday 7 December 2012

Rindu Nak Baca Novel Zaman Kanak2 Dulu


Tetiba Honey rasa teringin sangat nak baca novel/ buku cter kanak-kanak yang pernah Honey baca sewaktu zaman membesar dulu. Kebanyakan novel @ buku cerita tersebut di beli di pesta buku dan dibaca kat perpustakaan sekolah rendah dulu....Payahnya nak jumpa buku2 tu sekarang..search kat internet pun tak dak....antara novel kanak2 yang Honey teringin sangat nak baca semula ialah:


1. Air Mata (nama penulis lupa) = novel ni tebal. kisahnya sangat sedih dan menyentuh hati. Dalam novel ni ada terselit gambar-gambar kartun berkaitan sesuatu babak tu (yang Honey ingat sekali gambar adik, abang dengan mak diorang kutip pucuk paku & gambar adik dia nanges peluk kubur mak). Lupa lah nama watak dalam novel ni, tapi novel ni mengisahkan 2 beradik (adik perempuan dan abang) yang tinggal di kampung dan kematian ibu dan bapa. Selepas kematian parent, diorang dibawa oleh pak sedaranya kot (lupa) ke bandar. Tapi malangnya 2 beradik ni didera. Sedih yang amat novel ni, menangis sampai bengkak muka. Sesuai sangatlah dengan tajuknya - Airmata! Cover novel ni warna ungu (gambar kartun).


2. Rumah Kecil di Tepi Danau (penulis Hassanuddin Md Isa) = Novel ni kisah dua beradik jugak (adik perempuan dan abang). Lupe nama si abang, nama si adik Farah. Kisah kehidupan di kampung, si abang dan Farah ni suka tangkap ikan keli kat sawah padi (danau kot). Ayat si Farah yang aku ingat sangat ("Farah nak goreng ikan ni garing-garing")...Part sedihnya bila si abang gi camping pengakap, bapak mereka meninggal. Lepas tu 2 beradik tu macam patah semangat especially si abang. (part kelakar yang Honey ingat masa camping tu, diorang tanak nasik dengan air laut. habis masin rasa nasi tu).


3. Aku Boleh! (nama penulis lupa) = Kisah seorang kanak-kanak bernama Fuad yang mengalami kecacatan pada tangan dan kaki (oku). tapi semangat dia kuat. dia teringin nak buat macam2 tapi dilarang oleh ibunya atas faktor keselamatan. dia sangat cemburukan abangnya Farid dan adiknya Farah yang boleh main macam2 dan buat semua perkara. Masa cuti sekolah dia balik kampung,dia nak tinggal di rumah nenek dia. Tukar sekolah rasanya. di rumah nenek, nenek bagi dia buat semua perkara (yg honey ingat, dia timba air telaga sendiri)...Kat kampung dia suka kutip kulit siput, kepah, remis. Dia belajar buat kraftangan dengan kulit2 siput tu sampai boleh jual. Dia banyak improve diri dia masa kat kampung tu. Kemuncaknya, dia selamatkan budak kampung yang lemas (budak lemas tu suka ejek dia). lastly, family dia tak percaya Fuad boleh berdikari sendiri dan bangga.


4. Pulau Impian (Penulis Ismail Sarbini) = Novel fiksyen ni best. tapi ending dia tergantung. tak ingat sangatlah, yang Honey ingat dia sampai ke pulau yang sangat bersih dan cantik, takde sampah walau sebijik pun. yang lain lupa, tapi best la novel ni.


5. Gerai Pisang di Simpang Jalan (Penulis Ghazali Ngah Azia) = kisah 3 sekawan. 1 perempuan 2 lelaki rasanya. ingat yang lelaki tu je. namanya Adin. kisah diorang berusaha membuka gerai pisang. tapi seronoklah baca effort diorang kumpul modal. g beli tepung, minyak masak rembat kat rumah punya. diorang kemaskan gerai pisang terbiar yang berhabuk2 tu. petang2 ramai orang singgah. ayat dia yang honey ingat ("hilang lapar dan dahaga untuk seketika."). Hahahaa...


6. Si Penjual Nira (Penulis Jaafar Rani) = Kisah seorang budak ni, namanya Amin. Dia bermasalah dengan ayahnya. Ayah dia garang. Tup tup dia jual nira (Lupelah jalan cerita dia). Air nira si Amin ni memang laku giler. Lastly, duit hasil jual nira tu dia guna buat beli motor dan motor tu dia hadiahkan untuk ayah dia. (Kalau tak silap honey la). Kisah dia biasa2 je, tapi seronok dibaca.


7. Pengembaraan (penulis lupa) = Tak silap honey, buku cerita ni versi omputeh tapi diterjemah ke bahasa melayu. Kisah dua beradik yang terselamat dalam nahas kapal terbang. kapal terbang tu terhempas dalam hutan. Si kakak dan si adik lelaki ni terpaksalah mengembara mencari jalan keluar. part yang Honey ingat, waktu adik dia lapar, kakak dia bagi coklat yang masih tersimpan dalam koceknya. Lastly, pakaian diorang pun koyak rabak dan diorang bertemu dengan orang asli. orang asli tu bawak 2 beradik ni ke kampung diorang. honey tak pasti ending dia sama ada lastly 2 beradik tu jadi orang asli atau dijumpai.


8. Orang Paling Bijak Didunia (penulis lupa) = Publisher buku cerita ni adalah publisher yg sama dengan buku Pengembaraan. Kisah perjalanan hidup seorang lelaki dari kanak2 sampai dewasa yang memiliki otak yang sangat bijak. Setiap fasa hidupnya -kanak2, remaja, dewasa, akan muncul orang-orang penting yang turut menyumbang kepada kejayaannya. Antaranya cikgu dia, nazir sekolah, kawan dia, isteri dia (isteri dia adik kawan dia), boss dia dan lain2. Semakin lama dia semakin popular dan dikenali kerana kebijaksanaannya. Tapi malangnya dia lupa diri & lupa jasa org2 penting yg byk tolong dia tu. Dia ambik test & diiktiraf sebagai manusia yang paling pintar dan bijak d dunia. Kemuncaknya, dia diundang ke sebuah rancangan tv. Dia menukar namanya kpd 'Shafek' (nama lama dia honey lupa) dan berpakaian spt seorang raja. Selepas dia ditemuramah, pengacara show tu menampilkan kesemua orag2 penting yg menyumbang kpd kejayaannya itu. setiap mereka menceritakan pengalaman masing2 dlm membantu si Shafek tu dan mereka semua sedih krn Shafek lupakan diorang. Lastly, Shafek tak ngaku yg dia berjaya atas bantuan org2 tu. Dia marah dan ayat last dia "pergi kamu semua! pergi!" (memang terkesan la buku cter ni)


7. Majalah Tatih = Sangat rindukan majalah kanak2 islamik ini. kartun dia cantik, colorful. Setiap segmen dia best, terutama segmen Syaitan Musuh Kita. segmen kenali negara2 Islam, kisah2 teladan zmn2 Nabi, segmen tokoh2 Islam, segmen nasihat2 tu, citer2 kartun dia, semua best & padat dgn nilai2 murni dan agama. Pendekatannya sgt bagus dan berkesan. Even Asuh pun tak sehebat Tatih. Rinduuuuuuunya nak baca Tatih!


8. Majalah O.K! = Komik kartun islamik yang sangat sempoi. Golongan sasaran dia kanak2 dan remaja. Penyampaian dia sharp, menarik dan berkesan. Memang boleh buat sentap tp sempoi habis! Best, klakar, islamik. Honey sukaaaaaa sangat majalah O.K ni!


Rasanya banyak lagi buku2 cerita zaman kanak2 yg best yg pernah kubaca, tapi dah lupa. Maklumlah, dah bertahun2 berlalu...Sesiapa yang ada buku2 cerita yang Honey listkan kat atas ni, please let me know. Teringin sangat nak baca semula. Panjang pulak entry kali ni. Huhu. Kbye!

Friday 19 October 2012

Lagu Tak Glamor Yang SUper Sedap!

Lagu ni merupakan OST telemovie vcd 'Aku Cinta Padamu' yang dipasarkan sekitar tahun 2003. Ceritanya sangat best. Masa tengok VCD nie Honey bersekolah di tingkatan satu (tecit lagi). Cerita nilah yang buat Honey menangis tersedu sedan tak hengat dunia sampai bengkak muka! 5 star! Lagu2 nya pun best2...kalau pasang lagu ni memang akan terkenang nostalgia zaman nak membesar dolu...Lagu ni tak glamor, tak keluar radio pun tapi super sedap! Kalau nak dengar, kat youtube ade rasanya.


Mahligai Bernama Cinta - Farish
Padamu ku serahkan 
Suatu yg bernama cinta 
Kupeluk jasadmu dalam bayangan 
Biar tak terasa namun kubahgia 
Resahku berlalu 
Rindu pun bertakhta 
Mengharap mimpi memutik kenyataan 

Tersentuh di jiwa 
Terkesan di hati 
Kemelut nan melanda di minda ku ini 
Ingin ku katakan 
Tapi tak berani 
Bimbang jika kau berubah hati 
Menjadi benci 

Satukan dua jiwa ini 
Di mahligai bernama cinta 
Biar harus aku korbankan 
Kaulah segalanya 
Kasih dapatkah kau mengerti 
Apa yang tersirat di hati 
Bukan gurauan 
Satu kebenaran 

Nyata impianku bukan khayalan 
Kesabaran kini ternyata bererti 
Kesetiaanku telah dihargai 
Kujanjikan kebahagiaan untuk selamanya 

Tabahkanlah hatimu oh kasih 
Mengharungi dugaan 
Ku tetap disisimu oh kasih 
Usah kau curiga 

Percayalah sayangku... 


Gambar hiasan **melting

Patuhi 3 Peraturan Makan Ini!


Makan adalah acara wajib setiap manusia. Apakata kalau korang ikut peraturan makan yang dilistkan kat bawah ni...Untuk kesihatan korang jugak:

Makan lima kali sehari

Ya, kekerapan makan yang baik ialah sebanyak lima kali sehari. Tapi harus diingatkan, kuantiti  makanan yang diambil untuk setiap sesi haruslah dalam jumlah yang kecil. Bukan banyak2 ye...Dengan cara ini kita akan sentiasa berasa kenyang tanpa perlu sentiasa mengunyah. Menu makanannya? Hendaklah ada nasi, lauk dan sayur. Kurangkan pengambilan makanan pada waktu pagi dan malam. Selitkan menu buah-buahan juga ya.



36 kunyahan setiap suapan

Makanan yang dikunyah dengan baik dapat membantu meringankan sistem pencernaan di dalam tubuh. Yang menariknya, ia akan mengurangkan pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak.



Mencuci pinggan mangkuk: 15 kalori per 10 minit

Dah kenyang tu janganlah nak bersenang hati je. Usah tinggalkan pinggan mangkuk yang kotor begitu sahaja. Rajinkan diri untuk membasuh kerana ia dapat mengencangkan bahagian otot tangan korang.

Senang kan 3 peraturan makan ni? Mulakan satu langkah untuk gaya hidup yang sihat daripada tak bermula langsung!

Jangan Kongsi Sikat!


Berkongsi-kongsi sikat memang biasa dilakukan, terutamanya kalau tinggal di rumah dengan family...ada sesetengah tu satu family, mak ayah, adik beradik semua guna sikat yang sama..kalau tinggal kat hostel pulak, kawan-kawan pinjam...setakat nak guna sikat, apalah sangat kan. Tapi ada info menarik boleh dikongsi tentang tabiat ini:

Mana satu sikat korang?
Berkongsi sikat boleh menyebarkan penyakit!

Setiap orang harus punya sikatnya tersendiri. Sejumlah parasit seperti kutu boleh hidup pada sikat dan ia dengan mudah akan menular dari satu kepala ke kepala yang lain.

Kesan Buruk Ikat Rambut

Mengikat rambut memang selalu dilakukan terutamanya waktu nak buat kerja atau time rasa rimas...biasanya kita akan ikat dengan ketat supaya rasa kemas. Tapi tahu tak dia ada kesan jangka panjang tau!


Mengikat rambut tegang atau tertarik boleh menyebabkan alopecia. Apolecia memang boleh mengakibatkan kebotakan. Situasi ini terjadi apabila sering mengikat rambut secara ketat tanpa membiarkan rambut berehat...

Bahaya Hari-hari Depan Komputer!

Semua orang ada komputer/lappy kan? Tipula takde..lappy nie kepentingan dia dah macam handset kan? Lagi2 yang suka masa main game, tengok movie, bekerja atau student cam Honey.

Tahu tak pengaruh komputer dan sinar radiasi yang dipancarkan oleh skrin monitor dapat mengganggu kesihatan mata. Lagi2 kalau tiap2 hari dok mengadapnyee...Jangan ambil mudah tentang perkara ini kerana penglihatan merupakan  pancaindera yang paling utama. Nie ada tips sikit untuk meminimumkan kesan negatif hari2 duk ngadap skrin lappy:

Kekalkan Jarak


Berikan lebih perhatian terhadap jarak yang diperuntukkan antara mata dan skrin komputer. Penggunaan dalam jangka masa yang lama ditambah pula dengan kesan sampingan yang lain bakal membantutkan semangat bekerja. Usah terlalu dekat dengan skrin monitor, namun seelok-eloknya duduklah dalam keadaan bekerja secara ideal iaitu 75 sentimeter jarak minima dengan mata.

Pencahayaan


Ambil kira jumlah pencahayaan yang diperlukan bagi menerangi cahaya sesebuah bilik. Jangan bekerja dalam ruangan yang terlalu terang kerana ia boleh menyilaukan mata. Selain itu, elakkan bekerja dalam ruangan yang terlalu gelap atau redup ekoran ia akan memenatkan mata sekiranya kamu bekerja terlalu keras.

Penapis Skrin Monitor


Langkah bijak bagi membanteras sinar radisasi daripada terus ‘merebak’ adalah dengan menggunakan menapis skrin monitor. Penapis ini berupaya mengurangkan silau lantas membantu mata kamu untuk melihat dengan lebih jelas tanpa sebarang gangguan radiasi.

Alih Pandangan


Apabila penglihatan terlalu tertumpu pada jarak dekat dalam kadar yang terlalu lama, kamu seharusnya mengalihkan pandangan ke arah yang jauh setiap 30 minit. Selain meringankan bebanan mata, kamu juga akan mengurangkan tekanan pada leher serta beberapa anggota tubuh lain.

Font & Zoom


Mengubah suai cara kamu bekerja. Sebagai contoh, bagi kamu yang sering menggunakan perisian Microsoft Office seperti Word, Powerpoint atau Excel, bekerjalah dengan font yang cukup besar atau guna tetapan zoom supaya kamu nampak tulisan pada skrin monitor dengan lebih jelas. Tidak perlulah kamu memaksa mata kamu untuk membaca tulisan yang kecil.

Istirahat Mata


Apa salahnya istirahatkan deria melihat kamu buat seketika. Terdapat pelbagai cara untuk kamu merehatkan mata. Pejam mahupun kedip seketika dapat menjadikan mata kamu sentiasa lembap dan tidak kering. Senaman ringan ini bertujuan untuk membuang stres yang tertumpu pada pancaindera utama ini.

Aksesori Mata


Periksa kaca mata atau kanta lekap yang dipakai selang seketika. Sekiranya kamu tidak perasan bahawa kuasa (power) yang disarungkan bersama kelongsongnya sudah berubah maka kamu secara tidak langsung akan memaksa mata bekerja lebih kuat daripada biasa untuk melihat.

Waktu Terbaik Untuk Sarapan

Honey jarang dapat sarapan secara sempurna...biasanya sempat buat air milo or susu everyday dan jamah roti gardenia je sekeping..



Orang kata jangan skip sarapan coz ia bagus untuk gaya hidup yang sihat...tapi biasalah, remaja memang macam nie kan..tapi korang tahu ke bila waktu yang paling sesuai untuk bersarapan?

Sarapan yang berkualiti dan tepat penting untuk merangsang metabolisme tubuh badan. Waktu terbaik untuk menikmati sarapan ialah dalam jangka waktu satu jam setelah bangun daripada tidur. Ini disarankan oleh Daniel Kirschenbauin, PhD, tenaga pengajar di Northwestern University. Menu sarapan yang tepat untuk sumber tenaga ialah buah-buahan segar sama ada dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan jus.

Nampak sedapkan?

Kenapa Kita Makan Kismis Time Nak Exam?


Menjelang tempoh peperiksaan, selalunya ibubapa berpesan supaya banyakkan makan kismis agar otak cergas. Apakah sebenarnya khasiat kismis? Adakah khasiat kismis hanya terhad untuk menajamkan minda sahaja? Ayuh kita ketahui 5 khasiat kismis yang perlu diketahui:
Honey suka kismis yang kaler hitam, coz rasanya lebih manis =)


1.Snek Menajamkan minda.
Apakata kamu jadikan kismis sebagai snek, menggantikan gula-gula yang biasa kamu makan? Ini kerana,kismis merupakan buah kering yang membekalkan gula semulajadi iaitu gula fruktosa yang mudah ditukar kepada tenaga, untuk tubuh. Gula ringkas ini dapat membantu dalam menajamkan minda, meningkatkan daya tumpuan dan daya ingatanmu.

2.Antioksida
Seperti aprikot dan prun, kismis juga merupakan agen antioksida yang baik. Ia berkhasiat dalam melindungimu daripada terdedah dengan kerosakan sel tubuh serta serangan penyakit seperti demam dan selsema.

3.Kesihatan Mata
Kismis sebagai agen anti oksida dapat melindungi matamu dari radikal bebas seperti katarak dan kemerosotan daya penglihatan disebabkan lanjutan usia. Selain itu, kismis juga kaya dengan Vitamin A, serta Beta Kerotin yang baik untuk kesihatan mata.

4.Gigi sihat
Pasti kamu merasa melekit dan manis apabila mengunyah kismis bukan? Walaupun kismis mengandungi kandungan gula yang tinggi, namun ia tidak merosakkan gigimu. Malahan, Asid Oleonolik  yang terkandung dalam kismis dapat menghalang pembiakan bakteria dalam mulut yang boleh menyebabkan masalah gigi seperti kaviti.

5.Menguatkan tulang
Kismis dapat menguatkan tulang kerana ia adalah sumber boron yang baik. Boron dapat membantu khususnya wanita dalam mencegah masalah Osteoporosis, iaitu penyakit yang membuatkan tulang lemah dan rapuh.

Salah Tanggapan Terhadap Ais?


Kita selalu tersalah anggap bahawa ais tidak bagus untuk kesihatan, namun sebenarnya ais mampu menggalakkan pembakaran lebih kalori semasa penghadaman. Tetapi pastikan minuman tersebut tidak ditambah gula ataupun susu manis.

Monday 8 October 2012

Teman Pengganti yang Memilukan

Lagu ni memang sedih dan lirik dia ada maksud mendalam...kalau tengah sedih memang boleh nanges la kalo dengar lagu nie...percaya tak, lagu ni diperkenalkan oleh lecturer aku...



Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

Rahsia ini Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya Segala-galanya Ku ceritakan
Aku kan pergi Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya Kau cari teman pengganti

Penyanyi dia, Black ft Malique

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/06/lirik-lagu-teman-pengganti-black-ft.html#ixzz28hcuEsS9

Sunday 23 September 2012

Ikatan Murni Kita...


Sweet kan katon nie...kredit kpd Rusydee Artz...(nk camni gak! hehe)

Ni lagu nasyid cinta yang popular sekitar tahun 2004/2005 kot..kalau tak silap Honey la..Honey pun tak pasti...Lagu nasyid nie dinyanyikan oleh kumpulan WIRDANI...Siapa diorang korang google/youtube la sendiri...comel2 ahli kumpulannya...tp skrg sume dah kawen pon...lagu ni sungguh mendamaikan dan sweet...Honey ingat nak tujukan lagu ni kat bakal suami nanti..hehehe (tak taw pon lagi sape..verangan je dolu!)

Bermusim telah berlalu
Hari ini kian indah warnanya
Tulus cinta yang didamba
Bertemu bahagia

Prasangka telah berakhir
Sangsi hati kian jauh menyisih
Kata janji yang terpatri
Menyimpul ikatan murni

Ku mengharap hanya pada yang menyinta
Ku merindu hanya pada yang mengasih
Ku memohon hanya pada mu Ilahi
Moga diberkati jalinan yang suci

Ku berteduh bawah pohon yang merimbun
Ku bergantung pada dahan yang terkukuh
Ku bersandar hanya pada mu Kekasih
Pimpin diri ini ke arah yang pasti

Dengan redha ku pasrah segalanya
Agar dikau temui ketenangan yang dikau cari
Disuburi benih cinta yang tersemai
Disirami hujan kasih dan sayang
Disurami dengan keteguhan iman
Demi syurgaku di sisimu selamanya

Dimanakah Hujung Dunia?


Macam kat hujung dunia kan? Kreatif sungguh photographer nie...kredit kpd beliau (namanya tertera pada hujung gambar)...Bila lihat keindahan alam jangan lupa berzikir padaNYA...alam yang indah adalah rahmat dari ALLAH s.w.t...

Sayang nak makan!

Menarik kan roti bakar yang disajikan untuk sarapan nie...mungkin boleh buat untuk anak2 korang...So cute!





Comelkan? Rasa sayang pulak nak makan...kbye!

LOVE QUOTE 5


LOVE QUOTE 4


LOVE QUOTE 3


LOVE QUOTE 2


LOVE QUOTE 1


Tuesday 29 May 2012

Petua Mudah: Hampas Kelapa?


Hampas kelapa yang telah diperah santannya masih 

berguna untuk melembutkan tangan (or mane2 

bahagian lah). 


Caranya, gosok @ genggam hampas itu pada 

tangan. Amalkan selalu. 

Hasilnya tangan anda akan menjadi lembut tanpa 

penggunaan losyen.

*p/s: Serius! Tetibe Honey Rase Cm Nak Minum Air Kelapa Muda sambil makan isinya yang lembut & manis! SEGARNYAAA!!



Petua Mudah: Hilangkan Bintik Hitam


Ambil putih telur dari 2 biji telur. 



Rendamkan sehelai tisu muka ke dalam putih telur dan tampal pada bahagian muka yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Tanggalkan setelah kering. 

Tisu Muka Ye!
Cuci muka hingga bersih dengan pencuci muka.
Amalkan 2 kali seminggu.

*p/s: Kuning telur yang diasingkan tu boleh buat goreng...sedap gk tu..xde la membazir..ngeheh!

Sedapnya Makan Dengan Nasik!

Petua Mudah: Cerahkan Siku / Lutut




Ambil sebiji buah lemon dan belah kepada 2 bahagian. Ramas sebelah lemon pada siku/lutut anda, biarkan basah selama 10 minit. Setelah itu, cuci bersih siku/lutut dan sapu losyen untuk kulit. Ulangi langkah ini sehingga warna hitam hilang.

Buah LEMON Comel kan?

Saturday 26 May 2012

Ya Allah...bantulah hambaMU yg lemah ini. .

Hari ni aku rasa sedih sangat ... tapi aku tetap 
bersyukur dan redha di atas segala ujian yang aku lalui nie ... 
Teramat lah susah nak cari bilik sewa kat Flat Ijau Presint9 tu ... 
semua org dah book...kalau kosong pun x nak ambik 2 org ... 
aku dalam kesusahan sangat ... sedih...
mana nak duduk waktu praktikal nanti ... rasa down sangat ... 
tapi alhamdulillah Allah pertemukan aku dengan 
Kak Ijie yang sangat baik dan cantik ... 
aku mula berasa masih ada harapan untukku ... 
now, tunggu jawapan Cik Ima .. hope dapatlah aku 
sewa bilik tu dua orang ngan kawan aku ... 
ya Allah .. KAU lah tempat ku bergantung harap ... 
KAU permudahkanlah urusanku ... 
Semoga aku dapatlah sewa dengan Cik Ima tu ... 
Bantulah aku yang lemah lagi hina ini Ya ALLAH ...Amin ..

Semoga Ada Sinar Kebahagiaan Untuk Aku Nanti... 

~Honey Inara . .

Saturday 19 May 2012

S a n g s i A s m a r a



Di sebalik kata ada rahsia .. Di sebalik senyum ada makna .. Kan kubisikkan padamu .. Satu hari bila perlu .. Saat pasti kau jadi milikku .. Biarkanlah aku menanggung rindu .. Biarkanlah engkau tiada tahu .. Halus kasihku padamu .. Zahirnya takku lihatkan .. Hingga pasti kau jadi milikku .. Entah bila bermula .. Cinta yang tak kusangka .. Mungkin terlalu lama .. Sangsi asmara... terpedaya .. Berlalulah masa tak sanggup ku menanti .. Gelora di jiwa tak siapa mengerti .. Siksanya menanggung rindu .. Sukarnya memendam rasa... kekasih...


Tuesday 24 April 2012

Bestnye Kalo Duk Kat Umah ~

Time-time boring camni memang akan terkenang saat2 best duduk kat rumah . . .(time bizi ngn kuliah + assignment mmg lupa family terus. heheh!) Bukan pe, kat rumah boleh tengok tv . . .layan cter2 bezz. .Honey mmg kuat tengok tv. . .penonton tv tegar! Honey suka layan channel2 ni je. .


Sbb ada byk cter kelako, wlwpn ade gk yg x best
Honey suka tengok cter masak2 wlw hakikatnya diri ini x pandai memasak!




Channel prima ni layan gitu2 je. .sbb kadang2 die siar cter Bujang Sepah. . .honey sukaaaaaa!

Layan YouTube! Ini paling best & menepati citarasa. . .Macam2 cter ada. . type je. Honey prefer tgk Youtube kat rumah sbb  internet kat rumah laju berbanding wifi yg lembab kat sini. . .uhuk2

Tibi2 lain tengok juga, kalau ada cter best la. . . tp  rindu satu slot ni kat tv3. . kalo lah slot ni diwujudkan semula, alangkah bahagianya Honey..heheh



Cita cina! Slot TVB drama pernah menghiasi skrin TV3 satu masa dulu. . mmg dlu rmai pengikut slot ni trmasuk kawan2 kt sklh. .skrg dh xde (-_-)
..nostalgicnya zaman nih (thn 2004)




~Sekian entry suka suki haku! Chow sin chi. . .

Salahkah Jika Aku Terlalu Mencintaimu ...

Satu lagi lagu yang byk main kat radio skrg ialah lagu Terlalu Mencintaimu nyanyian S L. . . 1st time dgr dh rase lagu ni mcm ada 'sesuatu'. . .sedap lh. . suara chinese ni pn sedap. .X jemu didengar. . Jom usha lirik dia:


Sakit, perih, menusuk hatiku
Saat kamu ucap kata itu
Ku hanya bisa meneteskan air mata
Jatuh rasanya langit ini
Apa salahku
Sampai kau tega tinggalkan ku
Padahal aku telah berikan segalanya
Belum cukupkah dirimu
Rasakan cinta tulus ku
Selama ini hidupku hanya untuk kamu
Benarkah salahku
Ku terlalu mencintaimu
Hingga kau buat aku terlarut kedalam
Mungkin ku tak bisa hidup
Tanpa kamu di sisiku
Ku yakin bisa melewati
Tapi berat. . .Sayang . . .

*** Honey suka ayat 'Jatuh Rasanya Langit ini...' 
perumpamaan yg menggambarkan perasaan yg sgt meruntun jiwa.

Monday 23 April 2012

Segmen Ilmu- Horoskop: Kesan Terhadap Akidah Umat Islam


Horoskop atau ramalan zodiak adalah carta atau diagram yang menunjukkan kedudukan relatif objek langit seperti matahari, bulan, dan planet. Perkataan horoskop berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud "melihat jam". Untuk memperoleh horoskop seseorang, tempat, hari dan tarikh lahir orang itu mesti diketahui.
            
   Menurut ilmu astrologi, setiap zodiak itu mempunyai keperibadiannya yang tersendiri dan nasib setiap orang adalah berdasarkan kepada zodiak serta kedudukan matahari, bulan dan planet pada hari itu.

Di Malaysia, terdapat dua jenis horoskop yang menjadi kepercayaan masyarakat iaitu horoskop yang berasaskan zodiak binatang cina dan zodiak Yunani. Zodiak binatang Cina terdiri daripada tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi(Damian Sharp 2000:6). Manakala 12 lambang zodiak Yunani pula ialah Aries, Taurus Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio, Sagittarius, Capricorn, Aquarius dan Pisces.

Kahin (dukun) ialah orang yang mengaku dirinya mengetahui perkara-perkara yang tersembunyi atau hal-hal yang bersifat ghaib sehingga golongan ini banyak memberitahu tentang kejadian-kejadian masa lalu kepada orang yang datang kepada mereka. Sementara itu, Arraf pula ialah orang yang memberitahu kejadian-kejadian yang akan datang dengan cara yang sama seperti Kahin(Abu Bakar Ali :219).

 Oleh itu pengertian antara dukun dengan tukang ramal horoskop mempunyai persamaan iaitu sama-sama mengaku mengetahui perkara tersembunyi dengan cara tekaan. Justeru, barangsiapa yang mempercayai ramalan Kahin dan Arraf beerti dia telah melakukan dosa besar. Hal ini kerana secara dasar, segala urusan ghaib hanya disandarkan pada kekuasaan Allah. Rasul sendiri sangat terbatas pengetahuannya tentang persoalan ghaib kecuali hanya yang diizinkan oleh Allah, apatah lagi para Kahin dan Arraf yang bukan berstatus nabi dan utusan Allah. Sudah semestinya mereka tidak mengetahui persoalan ghaib. Apabila mereka mengakui boleh mengetahui perkara ghaib, hal itu adalah termasuk sebagai dosa besar(Abu Bakar Ali :220). Firman Allah Taala: Surah al-Jin 17:26-27

Maksudnya: "Tuhanlah sahaja Yang mengetahui Segala Yang ghaib, maka ia tidak memberitahu perkara ghaib Yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun. Melainkan kepada mana-mana Rasul Yang di redaiNya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib Yang berkaitan Dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan Yang demikian) maka ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat Yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu Selamat sampai kepada Yang berkenaan.

  Ibnu Jawzi menjelaskan ayat ini bahawa yang maha mengetahui persoalan ghaib itu hanyalah Allah S.W.T. sahaja, tidak ada sesuatu pun yang dapat menyamai-Nya. Dia tidak pernah memberitahu segala perkara yang ghaib kecuali kepada utusan-Nya sama ada dari malaikat mahupun kepada nabi-Nya(Abu Bakar Ali :220). Ini semua adalah kepercayaan yang salah kerana tiada siapa atau apa jua yang mengetahui ilmu ghaib kecuali Allah sebagaimana firmanNya: Surah al-Ancam 6:59

Maksudnya: Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan Segala Yang ghaib, tiada sesiapa Yang mengetahuiNya melainkan Dia lah sahaja; dan ia mengetahui apa Yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun Dalam kegelapan bumi dan tidak gugur Yang basah dan Yang kering, melainkan (Semuanya) ada tertulis di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz) Yang terang nyata. Firman-Nya lagi: Surah al-Naml 27:65

Maksudnya:  Katakanlah lagi: tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!" dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (Sesudah mati).

Amalan mempercayai ramalan horoskop sama ada sekadar membaca mahupun menaruh sedikit rasa yakin terhadap perkara yang diramalkan itu perlu dijauhi serta merta. Hal ini kerana ianya bukanlah perkara main-main atau seronok-seronok, ekoran telah jelas bercanggah dengan hukum Islam. Firman Allah S.W.T: Surah al-Isra’ 17:36

Maksudnya: Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

Untuk mengukuhkan lagi tegahan tersebut, berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W.:

قال رسول صلى الله عليه وسلم: من أتى عرافا فصدقه بما يقول لم تقبل له صلاة أربعين يوما.

Hadis riwayat Muslim

Maksudnya: Barangsiapa yang datang kepada dukun, kemudian dia membenarkannya terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari.

 Menurut Yusuf al-Qardawi, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca dalam ramalan horoskop, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari. Namun jika seseorang itu membaca serta membenarkan pula ramalan tersebut, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad S.A.W. Walau bagaimanapun, jika seseorang membacanya dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.
       
Islam melarang penggunaan bintang, planet dan matahari sebagai sumber ramalan kerana ilmu-ilmu ghaib tidak tersimpan dalam objek-objek tersebut. Apabila seorang muslim menggunakan bintang, planet dan matahari untuk membuat ramalan tertentu, seolah-olah dia mempercayai objek-objek tersebut mampu mengkhabarkan kepadanya tentang sesuatu yang akan berlaku(Imam al-Zahabi 2007:393). Rasulullah S.A.W. bersabda lagi:
عن أبي هريرة رضي الله عنه: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من أتى عرافا أو كاهنا فصدقه بما يقول فقد كفر بما أنزل على محمد صلى الله عليه وسلم.

Hadis riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah.

Maksudnya: Dari Abu Hurairah R.A rasulullah S.A.W. bersabda: “Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal atau dukun, kemudian dia membenarkan apa yang diperkatakannya, maka sesungguhnya dia telah ingkar terhadap apa yang telah diturunkan kepada nabi Muhammad S.A.W.

 Para peramal horoskop atau golongan paranormal yang mendakwa diri mereka mengetahui ilmu ghaib serta perkara yang akan berlaku pada masa hadapan adalah seorang pendusta. Mereka juga telah menyekutukan Allah dengan meletakkan diri mereka sejajar dengan keilmuan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Firman Allah S.W.T lagi dalam Surah al-Aa’raf 7:188

Maksudnya: Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa Yang dikehendaki Allah. Dan kalau Aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah Aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) Aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman".

Sesungguhnya pengetahuan terhadap perkara ghaib adalah termasuk hal yang menjadi rahsia Allah. Sesiapa yang berkeyakinan bahawa dirinya atau orang lain boleh menguasai perkara ghaib, ianya termasuk dalam perbuatan syirik kerana adanya kebergantungan kepada sesuatu yang lain selain Allah.

Menurut Syaikh Muhammad Jamil Zainu, apa yang dikatakan oleh para peramal itu sebenarnya hanyalah ramalan semata-mata dan sekiranya terdapat persamaan, ianya adalah secara kebetulan sahaja. Telah jelas ternyata pengharaman tentang mempercayai ahli nujum, dukun, peramal, tukang sihir serta orang yang mengaku mengetahui jiwa orang atau peristiwa-peristiwa lalu yang tidak diketahui atau mengetahui apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Sebab hal-hal tersebut adalah khusus ilmu Allah saja. Allah berfirmanSurah al-Hadid 57:6

Maksudnya: Dia lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam (silih berganti), dan Dia lah yang maha mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung didalam dada.

Menurut pandangan Dr Zahazan Mohamed, perbuatan mempercayai ramalan bintang atau horoskop jelas bertentangan dengan ajaran Islam dan boleh menyebabkan seseorang itu syirik kepada Allah walaupun dibaca hanya sekadar untuk bersuka-suka. Bintang dijadikan Allah dengan tiga tujuan iaitu menjadi perhiasan di langit, petunjuk kepada ahli musafir atau pengembara dan untuk merejam syaitan. Sekiranya tujuan bintang itu disalah gunakan, dikhuatiri ia akan membawa kepada perkara-perkara syirik. Jelas sekali bahawa orang Islam tidak boleh terpengaruh dengan perkara ini walaupun sedikit kerana ia boleh menjejaskan akidah. WALLAHUA'LAM
~Honey Inara