Friday 19 October 2012

Bahaya Hari-hari Depan Komputer!

Semua orang ada komputer/lappy kan? Tipula takde..lappy nie kepentingan dia dah macam handset kan? Lagi2 yang suka masa main game, tengok movie, bekerja atau student cam Honey.

Tahu tak pengaruh komputer dan sinar radiasi yang dipancarkan oleh skrin monitor dapat mengganggu kesihatan mata. Lagi2 kalau tiap2 hari dok mengadapnyee...Jangan ambil mudah tentang perkara ini kerana penglihatan merupakan  pancaindera yang paling utama. Nie ada tips sikit untuk meminimumkan kesan negatif hari2 duk ngadap skrin lappy:

Kekalkan Jarak


Berikan lebih perhatian terhadap jarak yang diperuntukkan antara mata dan skrin komputer. Penggunaan dalam jangka masa yang lama ditambah pula dengan kesan sampingan yang lain bakal membantutkan semangat bekerja. Usah terlalu dekat dengan skrin monitor, namun seelok-eloknya duduklah dalam keadaan bekerja secara ideal iaitu 75 sentimeter jarak minima dengan mata.

Pencahayaan


Ambil kira jumlah pencahayaan yang diperlukan bagi menerangi cahaya sesebuah bilik. Jangan bekerja dalam ruangan yang terlalu terang kerana ia boleh menyilaukan mata. Selain itu, elakkan bekerja dalam ruangan yang terlalu gelap atau redup ekoran ia akan memenatkan mata sekiranya kamu bekerja terlalu keras.

Penapis Skrin Monitor


Langkah bijak bagi membanteras sinar radisasi daripada terus ‘merebak’ adalah dengan menggunakan menapis skrin monitor. Penapis ini berupaya mengurangkan silau lantas membantu mata kamu untuk melihat dengan lebih jelas tanpa sebarang gangguan radiasi.

Alih Pandangan


Apabila penglihatan terlalu tertumpu pada jarak dekat dalam kadar yang terlalu lama, kamu seharusnya mengalihkan pandangan ke arah yang jauh setiap 30 minit. Selain meringankan bebanan mata, kamu juga akan mengurangkan tekanan pada leher serta beberapa anggota tubuh lain.

Font & Zoom


Mengubah suai cara kamu bekerja. Sebagai contoh, bagi kamu yang sering menggunakan perisian Microsoft Office seperti Word, Powerpoint atau Excel, bekerjalah dengan font yang cukup besar atau guna tetapan zoom supaya kamu nampak tulisan pada skrin monitor dengan lebih jelas. Tidak perlulah kamu memaksa mata kamu untuk membaca tulisan yang kecil.

Istirahat Mata


Apa salahnya istirahatkan deria melihat kamu buat seketika. Terdapat pelbagai cara untuk kamu merehatkan mata. Pejam mahupun kedip seketika dapat menjadikan mata kamu sentiasa lembap dan tidak kering. Senaman ringan ini bertujuan untuk membuang stres yang tertumpu pada pancaindera utama ini.

Aksesori Mata


Periksa kaca mata atau kanta lekap yang dipakai selang seketika. Sekiranya kamu tidak perasan bahawa kuasa (power) yang disarungkan bersama kelongsongnya sudah berubah maka kamu secara tidak langsung akan memaksa mata bekerja lebih kuat daripada biasa untuk melihat.

No comments:

Post a Comment