Saturday 10 January 2015

Aku Dilamar oleh Crush!



Tarikh 9 Januari 2015 pasti menjadi satu tarikh yang takkan aku lupakan seumur hidup aku.
Saat angan-angan fairytale aku selama ini bertukar menjadi realiti.

Semua gadis di dunia ini pasti pernah memiliki crush. Sebagai seorang gadis normal, aku tidak terkecuali daripada terlekat sindrom tersebut. Sepanjang hidup ini, aku pernah crush kepada MA, MH, HA dan yang terbaru MR N.

Mr N...Aku baru sahaja mengenalinya sekitar bulan 9 tahun 2014. Dia seorang lelaki bekerjaya. Menyambung pengajian secara separuh masa dan ditakdirkan sekelas denganku. Aku meminatinya kerana kredibiliti dan karisma yang ada pada dirinya. Tambahan dia hensem pada pandangan mata aku. Aku memang crush padanya, tapi sumpah perasaan tersebut hanya berlegar sewaktu dalam dewan kuliah sahaja. Keluar daripada dewan kuliah, aku melupakan dia dan segala-gala tentangnya. Aku tidak pernah terfikir untuk membuka sempadan perasaan terhadapnya kerana aku sedar siapa diri aku. Aku tidak layak untuknya.

Tapi, siapa sangka masa telah merubah segalanya. Tamat semester, aku menerima risikan khabar darinya. GILAKAN?? Dia menyuarakan hasrat hatinya kepadaku dalam sebuah lembaran panjang. Aku terkedu tanpa kata. Aku terasa seperti sedang bermimpi.

Dia mahu mengenali aku.
Dia mahu menjadikan aku sebagai isterinya.
Dia mahu berkongsi kehidupan denganku.
Dia mahu menyayangi dan menyintai aku.

Hati gadis mana yang tidak terusik? Aku gembira dan bahagia. Aku berharap moga Allah SWT memimpin hatiku dan dia ke arah kebenaran. Aku rasa dia jodoh aku.

Nanti ada masa aku menulis lagi tentang ini.

~Honeyinara~




No comments:

Post a Comment