Monday, 23 April 2012

Cinta Bersatu - L J

Antara lagu yang sering berkumandang kat ERA skarang adalah lagu 'CINTA BERSATU'... first time masa dgr lagu ni, tertanya2 sape penyanyi dia..pd pandangan Honey, lagu ni ok...boleh la layan...ni lirik dia:


Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku

Ni penyanyi dia: LJ
Lebih dari mencintai dirimu
Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu
Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus Mengerti aku
Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku
Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu
Gayamu Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu.......

Sunday, 22 April 2012

Aku takut untuk mencintaimu...

Aku takut untuk mencintaimu...
Aku mahu halang perasaan ini daripada semakin berbunga...
Meskipun keindahannya makin berputik dari hari ke hari...
Aku takut untuk berkata bahawa aku cinta padamu...
Aku takut untuk membiarkan perasaan ini terus subur...
Kerana aku tak mahu kecewa...
Aku takut aku akan kecewa...
Jadi, biarlah aku sukakanmu sekadarnya sahaja..
Tapi..untuk mengusirmu terus dari hati ini aku tak berdaya...
Mungkin secebis kasih saja sudah cukup buatku bahagia...
Sekurang-kurangnya jika kau memilih yang lain,
Aku tidak akan berasa sengsara....


~HONEY INARA~

Asal Kau Tak Lepas Dari Genggamanku..!

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Honey asyik duk layan lagu 'KEJORAKU BERSATU' je...sebelum ni x pernah interested pn nk dgr lagu ni!
Sampai lecturer tengah ngajar kat depan pun, kat telinga duk dengan lagu (Nasib baik pakai tudung, orang tak nampak kite tengah dengar MP3. Heheh!)
Mungkin kerana penangan Hazama yg menyanyi lagu ini di Mania (i peminat hazama uolls)
Jom usha lirik dia yang sangat menyentuh qolbuw!

Dirimu persis bintang terbit dari langit
Bukanlah mimpi-mimpiku
Di sini telah datang sayang paling dalam
Bawaku pulang berteman pelangi
Kamar hati ku hiasi
Biar cantik biar baru
Semuanya keranamu
Oh yang lemah kini gagah
Asal buruk jadi indah
Kerana sentuhan cintamu
Ku susun langkah melayarkan hari indah
Bersamamu
Lilin diri takkan padam
Seandainya engkau adalah sumbunya
Kaulah puteri ku dambakan
Bidadari syurga jelmaan dunia
Akan ku jaga
Seluruh jiwaku
Biarlah karam berdua
Asal kau tak terlepas
Dari genggamanku
Biar kulamar
Sahih darimu

Menjadi ratu
Beradu dalam pelukanku
Kejoraku bersatu 

**tulisan besar, my fave part! =))

Sunday, 11 March 2012

Berdepan Denganmu Kuterasa Malu...



" Bahagia tak semestinya bila ada kekasih...Mungkin antara kita dan dia sebenarnya dah cukup bahagia bila sekadar menjadi teman bicara.."
- Honey Inara

Bukan sekali bukannya dua
 Telah sering kita berjumpa
Belum pernah terusik rasa
Kita sekadar kawan biasa
Aku kenali siapa dirimu
Kau pun tahu siapa diriku
Kerna engkau teman bicara
Antara kita tiada rahsia
Tiba-tiba ku lihat sikapmu
Tidak seperti dulu
Terhadapku kau menaruh hati
Sejak bila tak ku sedari
Tiba-tiba ku rasa diriku
Tidak seperti dulu terhadapmu
Ku menjadi resah
Sering kehilangan kata-kata
Kini bila bertentangan mata
Bergementar seluruh anggota
Entah mengapa tiada ku tahu
Berdepan denganmu ku terasa malu . . . . .

Wednesday, 15 February 2012

Permulaan Yang Baik Utk 2012? (hmm..maybe)

ALHAMDULILLAH....itu sahaja perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan perasaan Hani tatkala ini...   Hani   berasa amat lega pada permulaan tahun ini setelah melalui segala kepayahan pada tahun yang sudah...  Hani   bersyukur kerana telah berjaya melalui segala-galanya, dan hari ini   Hani   boleh mula bernafas dengan tenang...


Yang pertama, kerana PERMOHONAN latihan amali industri  Hani   telah berjaya dan diterima.
Yang kedua, kerana KEPUTUSAN PEPERIKSAAN semester 3   Hani   tidaklah seteruk yang   Hani  jangka. Alhamdulillah   Hani  bersyukur kerana gred  Hani   masih baik-baik saja, walaupun jatuh dan tidak secemerlang mana pon...=)


Takpelah...  Hani  mengaku   Hani   memang malas study mase tu..kuat tido..kuat main intenet..Hmm...ada tercalit sedikit rasa kecewa (  Hani tahu   Hani   boleh buat lebih baik, cuma disebabkan halangan2 diatas...huh) benda dah jadi..yang berlalu takkan berulang...  Hani   redha dan ALHAMDULILLAH lagik!


Sekarang, masanya untuk   Hani   mulakan perjuangan yang baharu..Dengan hanya 6 subjek di semester 4 nanti..  Hani   berazam   Hani   akan buat sehabis baik...
Kurangkan main godek2 internet berjam-jam lam bilek..tajamkan fokus..


Akan   Hani  tebus kegagalan Hani   yang lalu...manalah tahu rezeki sem depan boleh grab 4.00 (Insya Allah...Ameen)...satu angka yang tak pernah   Hani  rasai nikmatnya..tapi pasti   Hani   akan cuba untuk menggenggamnya!!!

Saturday, 21 January 2012

Pantun Tentang Cinta : Terkesan Dihati! heheh (PART 1)

Sayang tekukur digulai lemak, 
Sayang selasih saya lurutkan, 
Biar lumpur jalan pun semak, 
Kerana kasih saya turutkan.

Sayang sembilang ikan berdukang, 
Sayang selasih batang berduri, 
Barang hilang tidak terkenang, 
Hilang kekasih mana mencari.

Sayang selasih sama selasih, 
Kalau tinggi ambil galah,
Sungguhpun jadi bertemu kasih, 
Jodoh pertemuan di tangan Allah.

Sayang muara tidak berbukit, 
Banyak bukit di Batu Karang,
Budimu tuan bukan sedikit, 
Dari dahulu sampai sekarang.

Sayang ke barat Pulau Peringgi, 
Buah padi buah jeranang, 
Saya melarat membawa diri, 
Sebab membawa hati tak senang.

Daun selasih daun semulih, 
Pohon pinang jambatan mandi, 
Mari kita bertambat kasih, 
Kasih kupinang mengikat janji.

Apalah guna kasih setimbun, 
Eloklah kasih pengintai duduk, 
Apalah guna kasih setahun, 
Eloklah kasih seumur hidup.

Sumber: DBP

TAPI BAGAIMANA...????

Kau Buat Ku Teruja..
Kau Buat Ku Tertawa..
Terbit Rasa Tersembunyi Beku..
Hingga Rasa Cemburu Seperti Pasangan 

Kekasih Yang Hangat Bercinta..
Dan Tak Sanggup Berpisah..
Walau Hanya Sekejap..
Aku Sangat Merindui Kau..
Senang Sekali Kau Ada..
Tapi Bagaimana Nak Kukata Padanya..
Dia Yang Ada Seperti Tiada..
Dengan Dia Cinta Jadi Sebuah Ritual..
Haruskah Aku Kejam Demi Rasa.. 

Tolong Lepaskanku Dari Sengsara Ini.. 
Dia Bukan Tak Cantik..
Dia Bukan Tak Baik..
Hanya Kekosongan Yang Ada..
Di Sudut Hatiku Tak Bisa Diusik..
Hingga Cinta Jadi Kematu..
Tiada Yang Nak Gaduh..
Tiada Yang Nak Tentang..
Hingga Rasa Menjadi Kering Kontang...