Monday, 1 April 2013

Selagi Kita Berjauhan...




Riuh kicau unggas rimba
Langit biru kala senja
Kini engkau jauh dari mata
Hatiku merindu tiap masa


Pagi hari pergi pekan
Pakai baju bunga-bunga
Bila hati sedang kesepian
Ku tulis untuk mu surat cinta

Memanglah hai adat berkasih
Berpisah selalu gelisah
Terbayang kenangan yang manis
Terasa kau ada bersama


Padamu hai si jantung hati
Dalam tidur ku termimpi-mimpi
Selagi kita berjauhan
Hati rindu tiada tertahan


Kalau pergi Kuala Kubu
Tulis nama atas batu
Saban hari ku menanti waktu
Pulanglah segera kepada ku



mood bunga2


~honeyinara ;)

Friday, 29 March 2013

Rayuan untuk Lelaki


Lebih baik jadi yang kedua tapi diutamakan daripada menjadi yang pertama tapi diduakan...

Benarkah pernyataan ni?
Benarkah lebih baik jadi yang kedua tapi bahagia daripada jadi yang pertama tapi dicurangi?

"Ya! Lebih baik bahagia daripada terluka...Tak kisah lah nombor berapa pun. Itu cuma angka.."

Bahagia memang bahagia..
Tapi tak kasihankah pada yang pertama tu.
Dah lah diduakan, diabaikan pula...
Haruskah kita tidak menghiraukan perasaan orang lain demi kebahagiaan sendiri?
Macam pentingkan diri sangat...

Ianya tak adil untuk pihak yang pertama tu...
Pihak yang pertama tu dah beri kasih sayang,
Buat pengorbanan bagai..
Tapi rupanya tak dipandang pun.

Lelaki...oh lelaki...
Tolonglah faham perasaan orang perempuan...
Tolonglah jangan cari lain bagi yang dah berpunya tu...
Semua lelaki tahu kan, hati perempuan ni macam mana...

Hancur hatiku mengenang dikau,
jadi keping-keping setelah kau pergi,
 tinggalkan kasih sayang yang pernah singgah antara kita...

~Honey Inara~



Thursday, 28 February 2013

Sesuatu Yang Belum Pasti...


Hari ini kita bertemu lagi...
Kau menyapa aku dan bertanyakan namaku....
Setiap persoalan kau aku jawab dengan teratur....
Aku sembunyikan segala perasaan gelabah....

Ya! Aku nampak macam biasa.....kau pun nampak aku macam biasa...


Tapi aku tahu matamu sering curi-curi lihat aku....

Pandanganmu sungguh sesuatu....
Tapi aku buat rilex saja...

Kau buat aku ketawa....

Kau bertambah ketawa bila lihat aku ketawa....
Adakah kau bahagia melihat kegembiraanku?

Entah! Aku bukan jenis gadis yang cepat perasan...

Aku anggap semuanya tiada makna...
Tiada apa-apa pun yang istimewa...

Tapi, jika itulah bibit-bibit permulaan kisah aku dan dia...

Tiada apa yang boleh kukata....
Melainkan berharap semoga Tuhan permudahkan jalanku....
Jika benar dia bakal pendamping hidupku...


~honey inara~



Tuesday, 26 February 2013

Dah Ada Rama-rama Dalam Hati :)




Disisimu aku terdiam seribu bahasa...
Dihatiku bergetar sejuta rasa...

Jangan biarkan ku ternanti-nanti...
Usah benarkan masa berlalu pergi...

Izinkan cintaku berbunga dihatimu....

Kau adalah misteri...

"Aku rasa macam aku suka kat seseorang la sekarang ni...dah lama aku tak rasa perasaan nie...last aku suka kat seseorang pun masa tahun 2008...itu pun berkecai jugak akhirnya...adakah dia bakal pendamping hidupku?"


~Honey Inara~





Tuesday, 19 February 2013

Kenapa Aku Berhenti Makan Beutskin


Produk yang paling hot di masa kini dah tentulah Beutskin Essence kan..
Disini aku nak share pengalaman aku consume Beutskin nie..
Dek kerana terpengaruh dengan iklan dan testimoni yang berlambak2 di fb, aku pun dengan excitednya mahu mencuba..
Iyelah, sape tak nak kulit putih gebu mcm Adira kan..

Aku pun beli la melalui fb dan memakan seperti yang disyorkan iaitu
4 biji sehari yakni 2 biji pagi 2 biji malam..
kalau nak jimat, aku makan 2 biji/ sebiji sehari..
Sebulan pertama penggunaan, tak dinafikan kulit aku terasa lebih licin & lembut..

Tapi dari segi kecerahan, aku rasa takde efek pape pun..
Tone kulit aku masih seperti biasa..
Yang tu aku tak kisah sangat..
Iyelah, takkan nak mendadak putih kan..
Beutskin tak kan mencerahkan dengan cepat..
Adira yang sebelum ni memang dah cerah pun consume 6 bulan untuk kelihatan putih macam sekarang..
Apalagi utk orang yang kurang cerah, kurang-kurang setahun baru nampak whitening effect tu..

Tapi yang aku perasan, sepanjang aku consume BE ni,
Time datang bulan, die macam tak berapa lancar..
Datang tu datang, tapi cam tersekat2..
Nak cerita detail pun payah (malu)
Tapi yang pasti aku tak suka keadaan nie..

Akhirnya, aku ambil keputusan untuk stop BE nie..
Aku stop sebab....
..
..
..
..
..
..
..
..
..
MAHAL Kowt!!!
Huhu...aku kan student lagi..mana la mampu nak consume secara berterusan..
Lain lah kalau ada orang tanggung..huhu
Pokai aku dibuatnya...
Sekotak RM200/60 biji
Nak efek cepat, makan 2 kotak sebulan =RM400 (untuk student marhaen macam aku, nilai itu besar)

Habis beratus2 untuk kecantikan, rasanya aku tak sanggup..
Memanglah berhabis pun untuk kecantikan sendiri gak, cuma aku terpaksa hold dulu..
Nanti kalau aku dah kerja, gaji banyak, bolehlah aku consume balik..

So, aku stop bukanlah sebab BE tak elok okey..
Bagi aku BE cukup bagus sebagai supplemen untuk kesihatan dan kecantikan...

Scha pun makan BE gak skrg kan? Tp die mmg dah cantik pon...

~ Sekian: hOney InaRa..:) ~

Monday, 14 January 2013

Durian Crepe? Muak lerr!

Baru-baru ini negara kita Malaysia dilanda fenomena 'Durian Crepe'...fuh, ayat! Sebaran luas terutamanya di fb mengenai Durian Crepe menyebabkan ramai orang bersemangat membuak-buak ingin mencubanya...Termasuklah diri ini...

Hani try la beli satu bekas tu 6biji/RM10...First time masuk mulut, perghhh!! Enaknyeeerrrr!
Dengan lemak-lemak manis dan cair di mulut..fuh! Sedap sungguh!
Tapi masuk Durian Crepe ke yang 3, terpaksa stop makan...
Sebabnya MUAK kowt!!
Diulangi....MUAK!!!
Tekak trus rasa tak best..
Mana tak muak, dalam tu kan ada cream...
Time ni Honey terfikir camne la orang boleh sampai ketagih dengan benda alah ni...
Sampai keluar paper bagai dek ketagihan..
Agak lama jugaklah ambil masa untuk hilangkan muak Durian Crepe tu..

But now, setelah sekian lama memusuhi Durian Crepe, akhirnya perasaan itu kembali semula.....

Cantiknya kulit dia...

Ermmmm...

Ermm...

Ermmm....

Ermmm...

Gulpp..

Ohh...


Angkatan tentera durian crepe...tak sanggup akak nak abiskan dik non!

Dengan ini Honey nak buat pengakuan bahawa........

Saya rindu nak makan DURIAN CREPE lagi!!
hew hew hew..
In Sha Allah nak try buat sendiri kat rumah nanti..



Sedap Ke Burger Bakar?

Hari ni Hani puasa...tibe2 kat fb tadi nampak org post pasal burger bakar....siyes tak pernah makan. Belum berkesempatan lagi nak cari benda alah ni....kebizian kekdahnya. Teringin la pulak nak cuba...Sementara belum ade depan mata tu, layankan gambonye jelah....

Tengok daging burger mentah pun dah terliur....

Takde ke orang buat delivery burger bakar? Kalau ada, konfem hari2 Hani order..

Inilah dikatakan cantik menarik tertarik!


wow!! menggodanya cheese itteww!!

yummyyyyyy!!!!!!!



Gulpp!! Dah nama pun tengah puasa...iman dan kesabaran sedang diuji...
Semakin kuat berhadapan ujian, semakin dekat kita dengan Sang Pencipta..
Nanti lepas buka, makan la nak makan hape...huhu